Setiap Pihak Perlu Penuhi Komitmen Mereka Ke Atas Perjanjian Nuklear: Presiden Iran

  • News Code : 808561
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata setiap negara yang menandatangani perjanjian nuklear di antara Iran dan kumpulan P5+1 perlu memenuhi komitmen mereka di bawah perjanjian tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata setiap negara yang menandatangani perjanjian nuklear di antara Iran dan kumpulan P5+1 perlu memenuhi komitmen mereka di bawah perjanjian tersebut.

Di dalam perjumpaan berliau dengan Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault di Tehra pada hari Selasa, Rouhani berkata perjanjian yang dikenali sebagai JCPOA adalah "sebuah peristiwa penting di arena antarabangsa," sambil menambah, "Mesej yang dibawa oleh perjanjian ini kepada dunia adalah lebih penting daripada teks perjanjian itu sendiri."

"JCPOA membawa mesej bahawa isu antarabangsa yang rumit boleh diselesaikan melalui dialog dan pendekatan menang-menang," kata Presiden Iran itu.

Beliau turut mendesak setiap negara yang terlibat untuk mempromosikan perjanjian itu "kerana sebarang pencabulan ke atasnya boleh menyampaikan mesej yang berbahaya kepada dunia bahawa diplomasi tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah."


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini