Lelaki cacat merangkak dengan lutut ke Karbala

  • News Code : 655618
  • Source : Abna.ir
Seorang lelaki cacat sanggup meredah cuaca sejuk sepanjang 300 kilometer ke Karbala

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Lengkap dengan segala kesulitan, seorang lelaki cacat dari kota al-Kuhla, wilayah Misan, Selatan Iraq,  bergerak perlahan-lahan dengan lutut menuju ke Karbala meskipun cuaca terlalu sejuk.

Lelaki yang bernama Dakhil Khodam berjaya membuatkan penghuni dunia menyaksikan betapa para pencinta Imam Husain (a.s) mempunyai semangat yang kental dan motivasi yang tinggi dalam ketaatan mutlak dan penyerahan muktamad kepada imamnya.

Sebagai mana tahun lalu, beliau harus bergerak sepanjang 300 kilometer menuju ke arah makam Imam Husain (a.s) di Karbala walaupun dengan lutut. Perjalanan ini memakan waktu 8 hari untuk insan biasa, namun yang pasti menjadi tanda tanya ialah bila lelaki ini akan sampai kepada Maulanya?

Dakhil Khodam masih bergerak dan menolak sebarang bantuan. Jawapan beliau, cukuplah apa yang ada untuk sampai kepada Husain (a.s).

...............


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini