Serah dua pulau kepada Saudi, rakyat desak Abdel Fattah berundur

  • News Code : 748016
  • Source : Utusan Malaysia
Brief

PENDUDUK Mesir dan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar Kaherah, semalam mendesak Presiden Abdel Fattah al-Sisi berundur ekoran keputusan kerajaan menyerahkan dua pulau milik Mesir di Laut Merah kepada Arab Saudi, baru-baru ini. REUTERS

KAHERAH 16 April – Lebih 1,000 penunjuk perasaan berarak di tengah ibu negara Mesir, semalam bagi menuntut kerajaan pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi berundur, sekali gus mencetuskan kebimbangan berulangnya tragedi berdarah ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak pada 2011.

Bantahan terbesar dalam tempoh dua tahun itu, bagaimanapun berjaya dileraikan apabila pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan sekurang-kurangnya 12 orang ditahan.

Tunjuk perasaan terbabit anjuran kumpulan berhaluan kiri dan aktivis sekular diadakan sebagai bantahan terhadap tindakan Abdel Fattah menyerahkan dua pulau kepada Arab Saudi di bawah satu perjanjian semasa Raja Arab Saudi, Raja Salman mengadakan lawatan ke negara ini minggu lalu.

Bagaimanapun aktivis liberal terkemuka, Khaled Dawud berkata, kehadiran penunjuk perasan yang ramai bukan disebabkan isu pulau tersebut semata-mata tetapi ada kaitan dengan agenda lain.

“Walaupun Kementerian Dalam Negeri memberi amaran keras supaya tidak mengadakan bantahan, masih ramai rakyat memberanikan diri untuk mendesak Abdel Fattah berundur,

“Rakyat mahu kerajaan berundur,” antara kata-kata yang dilaungkan oleh penunjuk perasaan ketika berarak di sekitar bandar Kaherah, slogan yang sama digunakan ketika Hosni digulingkan pada 2011, tetapi ketika itu jumlah penunjuk perasaan jauh lebih ramai berbanding semalam.

Semasa revolusi menggulingkan Hosni, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh dan kira-kira 12,000 orang cedera akibat tindakan ganas pasukan keselamatan menangani tunjuk perasaan.

Kesilapan yang sama dilakukan oleh pasukan keselamatan Mesir pada 2013 apabila lebih 1,000 orang terbunuh ketika menyertai tunjuk perasaan membantah penggulingan Mohamed Mursi sebagai Pre­siden awam pertama yang dipilih rakyat secara sah. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky