Mahkamah rayuan Bahrain kekalkan keputusan membubarkan Wefaq

Mahkamah Bahrain mengekalkan keputusan membubarkan parti Wefaq

  • News Code : 780751
  • Source : Presstv
Mahkamah rayuan Bahrain telah mengekalkan keputusan yang dibuat sebelumnya untuk membubarkan parti pembangkang Syiah di negara Teluk Parsi itu. Perkara ini dilihat sebagai langkah dan strategi rejim Manama untuk terus menekan dan mendiamkan pengkritik-pengkritik mereka di negara itu.

Foto menunjukkan ibu pejabat al-Wefaq di Bahrain (AFP)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com)-Sebuah mahkamah rayuan Bahrain telah mengekalkan keputusan yang dibuat sebelumnya untuk membubarkan parti pembangkang Syiah di negara Teluk Parsi itu. Perkara ini dilihat sebagai langkah dan strategi rejim Manama untuk terus menekan dan mendiamkan pengkritik-pengkritik mereka di negara itu.

Dalam perkembangan yang sebelumya, mahkamah rendah Bahrain telah mengarahkan penutupan pejabat al-Wefaq pada Jun yang lepas. Sebulan selepas itu, mahkamah berkenaan memerintahkan pembubaran kumpulan tersebut, berhubung dengan dakwaan yang mengatakan mereka "melindungi keganasan" di samping menggalakkan protes dan kekacauan yang mengancam tercetusnya persengketaan mazhab di negara itu. Mahkamah itu juga memutuskan bahawa dana al-Wefaq perlu dirampas oleh rejim Manama

Langkah itu mencetuskan kritikan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga daripada sekutu kuat Manama sendiri iaitu Washington dan London.

Pada hari Khamis ini, mahkamah rayuan mengekalkan keputusan yang dibuat pada Julai yang lepas walaupun pasukan pembelaan al-Wefaq telah menarik diri daripada prosiding, rentetan daripada bantahan mereka terhadap keputusan Manama yang mempercepatkan pembicaraan tersebut.

Timbalan Ketua Setiausaha al-Wefaq, Sheikh Hussein Addehi mengecam keputusan yang dibuat pada Khamis ini sebagai langkah yang berbahaya dalam membentuk suasana unilateralisme mutlak di negara tersebut.

Amnesty International turut mengutuk keputusan mahkamah itu sebagai " serangan terang-terangan ke atas kebebasan bersuara dan berpersatuan dan menganggapnya sebagai sebuah percubaan yang jelas untuk menyekat kritikan terhadap kerajaan di Bahrain. "

Pengarah di pusat Penyelidikan dan Advokasi milik Amnesty, Philip Luther mengatakan bahawa pihak berkuasa Bahrain telah gagal membentangkan apa-apa bukti yang kukuh untuk membentuk kes mereka ke atas pertubuhan itu.

Pada bulan Mei yang lepas, mahkamah juga telah meningkatkan tempoh hukuman penjara bagi Sheikh Ali Salman daripada 4 tahun kepada 9 tahun. Beliau merupakan Setiausaha Agung pertubuhan tersebut. Ulama itu ditahan pada bulan Disember 2014 atas tuduhan cuba menggulingkan rejim Bahrain dan bekerjasama dengan kuasa asing yang mana kesemua dakwaan itu ditolak oleh beliau.

Wanita-wanita Bahrain memegang sepanduk dengan imej Sheikh Ali Salman, Setiausaha Agung Persatuan Islam Kebangsaan al- Wefaq, semasa protes terhadap penangkapan beliau pada Zinj , di pinggir Manama , May 29, 2016. (Foto oleh AFP)

Bahrain yang merupakan sekutu kuat A.S di rantau teluk telah menyaksikan protes anti-rejim yang berterusan semenjak pertengahan Februari tahun 2011

Ramai orang yang telah terbunuh dan ratusan lagi dilaporkan cedera ataupun ditahan akibat tindakan keras yang diambil rejim dalam menangani kebangkitan rakyat. Beberapa kumpulan hak asasi juga sering mengecam Bahrain atas pencabulan hak asasi manusia yang mereka lakukan terhadap para aktivis dan penunjuk perasaan anti-rejim.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky