Syria mendakwa bahawa serangan A.S ke atas tenteranya pada Sabtu lepas dilakukan secara "sengaja" dan berlarutan hampir sejam

A.S Bom Tentera Syria Selama Sejam: Assad

  • News Code : 780879
  • Source : Presstv
Brief

Assad mengatakan bahawa tenteranya dibom secara sengaja oleh A.S dan sekutunya di Dair al-Zaur selama sejam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Presiden Syria mengatakan bahawa serangan A.S ke atas tentera Syria pada Sabtu lepas dilakukan secara "sengaja" dan berlarutan selama hampir sejam.

Di dalam sebuah temuramah dengan Associated Press (AP) pada Rabu lepas, Assad menegaskan bahawa serangan itu mensasarkan sebuah kawasan yang luas yang terdiri daripada beberapa buah bukit. “Jadi ini menunjukkan bahawa serangan tersebut dilakukan secara sengaja dan bukanlah sebaliknya seperti yang didakwa oleh mereka.”

Pemerintahan Pusat A.S mendakwa bahawa mereka secara tidak sengaja telah mengebom pangkalan tentera udara Syria di Dair al-Zaur ketika melancarkan serangan ke atas ISIS. Mereka juga mengklaim bahawa serangan itu cuma berlanjutan selama 5 minit dan berhenti setelah pihak Russia meminta mereka melakukan yang demikian. Rentetan daripada serangan tersebut, militan ISIS telah berjaya merampas posisi tentera kerajaan  buat sementara waktu sehinggalah kumpulan pengganas itu ditumpaskan semula.

“Bagaimana mereka (ISIS) tahu yang A.S akan menyerang posisi tersebut, sekaligus membolehkan mereka untuk mempersiapkan para militan dalam rangka merampas kawasan itu sejam selepas serangan udara tersebut dilancarkan?” tanya Assad.

“Ia bukanlah kesilapan yang disebabkan oleh sebuah pesawat... bahkan ia melibatkan empat buah pesawat yang terus-menerus menyerang posisi tentera Syria dalam tempoh hampir sejam atau mungkin lebih sedikit daripada itu,” kata beliau.

Assad juga berkata di dalam temuramah itu bahawa tidak mungkin kesalahan boleh dilakukan secara berterusan dalam tempoh sejam lebih.

A.S adalah punca kegagalan genjatan senjata

Assad dalam masa yang sama menyalahkan A.S di atas kegagalan gencatan senjata yang di taja oleh kuasa besar dunia itu bersama sekutu Syria iaitu Russia.

Serangan itu mengakibatkan kegagalan gencatan senjata tersebut, sekaligus menimbulkan keraguan di dalam melihat terlaksananya misi serangan bersepadu di antara A.S dan Russia ke atas ISIS.

Beliau juga menambah bahawa rakyat Syria yang melarikan diri ke negara-negara lain akan mampu untuk pulang ke tanah air mereka jika A.S, Arab Saudi, Turki dan Qatar memutuskan sokongan mereka kepada para militan. 

Assad berkata perang ini sudah memasuki tahun yang keenam dan kelihatan akan terus berlarutan berikutan sokongan dan dukungan pihak luar kepada puak takfiri dan kumpulan militan yang lain.

Penipuan A.S tentang serangan ke atas konvoi bantuan

Assad menolak dawaan A.S bahawa pesawat Syria ataupun Russia telah menyerang konvoi bantuan di Aleppo dan menafikan bahawa tenteranya menahan kemasukan bahan makanan ke kawasan yang dikuasai oleh militan di bandar tersebut.

“Jika memang ada kepungan yang dilakukan ke atas bandar Aleppo, rakyat pastilah sudah lama mati kerana kelaparan pada waktu ini,” kata Assad sambil bertanya bagaimana para militan mampu menyeludup masuk senjata tetapi tidak bahan makanan dan perubatan.

Serangan ke atas konvoi bantuan di luar Aleppo berlaku pada malam Isnin yang mensasarkan sebuah gudang ketika para pekerja bantuan sedang sibuk memunggah kargo sekaligus menyebabkan letupan yang besar.

Pegawai-pegawai A.S kelihatan sibuk melemparkan tuduhan kepada kerajaan Syria dan tentera Russia di atas serangan itu. Bahkan pada satu ketika mereka mendakwa bahawa serangan itu adalah disebabkan oleh bedilan berterusan daripada bom buatan sendiri.

Assad menolak semua dakwaan itu dengan mengatakan bahwa apa sahaja yang diperkatakan oleh pegawai-pegawai A.S tidak memiliki bukti yang konkrit dan hanyalah penipuan semata-mata.

Russia dalam masa yang lain telah meminta supaya siasatan bebas dilaksanakan dan pihak mereka sendiri juga telah menerbitkan sebuah rakaman dron yang menunjukkan bahawa terdapat kenderaan yang dipandu oleh militan dalam keadaan sedang menunda mortar bersama dengan konvoi tersebut.

Pada Rabu lepas, menteri pertahanan Russia juga mengatakan bahawa sebuah dron A.S yang bersenjata juga dilihat berada di sekitar kawasan yang mana serangan itu dilaporkan berlaku.

Perang "ganas"

Assad juga menolak apa yang sering digambarkan sebagai "keterangan saksi" untuk menuduh dan merendahkan kredibiliti tentera Syria disertai dengan pengakuan mereka bahawa perang ini bersifat "ganas". Menurut Assad, "Mereka ini (para saksi) hanya akan muncul apabila wujudnya tuduhan terhadap tentera Syria ataupun Rusia. Tetapi, apabila pengganas melakukan jenayah ataupun pembunuhan beramai-ramai, tiada mana-mana saksi yang dapat anda lihat."


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini