Setelah 15 tahun perang A.S ke atas keganasan telah menciptakan lebih banyak ketidakstabilan dan keganasan

Masa Untuk Mengakui Bahawa Polisi Washington Ke Atas Syria Sudah Terkeluar Dari Landasan

  • News Code : 780887
  • Source : RT
Brief

A.S sebenarnya menyokong pasukan pemberontak dalam mengejar matlamat mereka yang lebih luas iaitu perubahan rejim di Syria. Ketika perang telah berlarutan, situasi menjadi lebih jelas bahawa pasukan pemberontak yang didukung oleh AS tidaklah begitu "moderat" dalam konteks yang mungkin anda atau saya fahami.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setelah 15 tahun serta ratusan ribu korban jiwa dan jutaan dollar yang dihabiskan, perang Amerika Syarikat ke atas keganasan telah menciptakan lebih banyak ketidakstabilan, keganasan dan kekacauan yang tidak mampu kita bayangkan di saat bermulanya perang global yang tidak punya definisi dan tidak pula ada hujungnya ini.

Pada hari ini, kumpulan pengganas menguasai lebih banyak kawasan dan lebih mengancam keselamatan dunia berbanding pada 11 September, 2001. Beberepa minggu lepas sebuah firma keselamatan yang berpangkalan di A.S (Soufan Group) menganggarkan bahawa kebanyakan kebimbangan pasca 9/11 yang bersangkutan dengan keganasan global dianggap berada pada tahap yang lebih buruk pada masa sekarang ini berbanding tahun 2001. Kumpulan itu juga mengatakan bahawa penyebaran keganasan telah " melangkaui apa yang mampu (Osama) bin Laden fikirkan boleh dicapai dalam tempoh lima belas tahun."

Inilah sebabnya mengapa campurtangan Washington di Syria kelihatan sebagai sebuah perkara yang perlu dilaksanakan kepada mereka yang ingin percaya bahawa matlamat utama A.S di negara tersebut adalah untuk memerangi keganasan. Saya adalah salah seorang daripada mereka : Saya ingin percaya bahawa keutamaan Washington secara global adalah untuk memerangi keganasan. Saya ingin percaya mereka akan mengenepikan perbezaan mereka dengan kuasa-kuasa dunia yang lain, termasuk Russia , dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Malangnya , kepercayaan seperti ini akan menjadikan saya seorang yang sangat naif.

Sebagai ringkasan : Amerika Syarikat telah mendakwa bahawa matlamat utamanya di Syria adalah untuk " melemah dan memusnahkan" ISIL – tetapi disebalik bekerjasama dengan tentera Syria, yang telah berjuang habis-habisan menentang ISIL di lapangan, Washington lebih sibuk mendukung "pemberontak moderat" yang berjuang menentang tentera kerajaan Bashar Assad. Dalam erti kata lain : Washington menyokong kumpulan bersenjata untuk berperang dengan tentera Syria yang memiliki peluang terbaik berbanding pihak lain untuk menewaskan ISIL di Syria.

Mereka inilah yang bekerjasama dan "bercampur gaul" dengan sekutu rasmi Al-Qaeda di Syria iaitu Jabhat al- Nusra (yang baru-baru ini melalui proses penjenamaan semula sebagai Jabhat Fath al-Sham). Inilah salah satu perkara yang kemudiannya menjadi isu utama yang melambatkan proses rundingan gencatan senjata di antara Amerika Syarikat dan Russia. Isu itu adalah berkaitan dengan kemampuan A.S sendiri untuk memisahkan di antara apa yang dikenali sebagai “pemberontak moderat” daripada golongan pelampau. Setakat ini, tiada pemisahan nyata yang telah dibuat A.S sekaligus menunjukkan bahawa mereka mempunyai kawalan yang terhad ke atas proksi-proksi mereka di sana.

Kemalangan atau sengaja?

Adalah sukar untuk membayangkan keadaan di Syria boleh menjadi lebih buruk atau lebih rumit , tetapi itulah yang berlaku. Kurang daripada seminggu selepas Washington dan Moscow berunding untuk mencapai kesepakatan di atas sebuah perjanjian gencatan senjata baru di Geneva, tentera bersekutu yang diketuai A.S telah mengebom pangkalan tentera Syria di pinggir bandar Dair al-Zaur yang mana serangan itu membunuh lebih kurang 60 anggota tentera Syria dan mencederakan yang lain. Serangan itu mempermudahkan militan ISIL untuk merampas kedudukan tentera Syria secara sementara. Tidak lama selepas itu, Amerika Syarikat mengakui bahawa ia bertanggungjawab ke atas serangan itu tetapi dalam masa yang sama mendakwa bahawa mereka tidak akan pernah mengebom pangkalan tentera Syria secara sengaja.

Klaim mereka telah dibalas dengan keraguan di Moscow dan Damsyik. Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova berkata bahawa Russia telah mencapai "kesimpulan yang menakutkan" bahawa A.S telah mendukung ISIL dengan menyerang kedudukan tentera Syria sekaligus mempermudahkan kemaraan kumpulan pengganas tersebut. Syria menyifatkan pengeboman itu sebagai "pencerobohan terang-terangan" ke atas wilayahnya sekaligus " menjadi bukti kukuh " bahawa A.S mendukung militan ISIL dalam menghadapi tentera Assad. Damsyik juga mendakwa bahawa jika benar ia adalah sebuah kesilapan yang dilakukan oleh tentera bersekutu, maka itu merupakan natijah daripada keengganan Washington untuk menyelaraskan sepenuhnya operasi pengeboman mereka dengan pihak Russia. Amerika telah lama bergantung kepada imej-imej satelit dalam menetapkan sasaran , manakala Russia yang bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan Syria  mempunyai akses kepada “kebijakan manusia yang lebih baik," menurut seorang bekas pegawai perisikan MI5, Annie Machon .

Machon berkata, adalah "sukar untuk dipercayai " bahawa serangan ini adalah sebuah kesilapan, juga dengan mengingatkan bahawa beberapa minggu lalu , bekas Timbalan Pengarah CIA, Michael Morell telah secara tegas mendorong supaya A.S membunuh tentera Rusia dan Syria untuk "menakutkan" Assad serta Moscow. "Saya tertanya-tanya jika terdapat elemen di dalam struktur kuasa di Amerika yang mahu meneruskan ... [dengan ] rancangan sebegini, dan mereka mengebom tentera Assad untuk menyampaikan mesej mereka dalam rangka menakutkan beliau dan Moscow," kata Machon.

Pihak lain telah membuat kesimpulan bahawa ada kemungkinan yang A.S bercakap benar apabila ia mengatakan serangan itu adalah tidak disengajakan dan ISIL merupakan sasaran yang sebenar. Menurut mereka, pada masa ini, tidak mungkin A.S akan melakukan sebarang tindakan yang akan menjejaskan gencatan senjata yang sudahpun sedia goyah dan dalam masa yang sama menyebabkan diri mereka mengalami krisis “PR”. Jadi, jika ia adalah sebuah kesilapan, maka ia telah berlaku pada waktu yang paling buruk buat A.S.

Strategi dalam runtuhan

Terus-terang , sudah tidak penting lagi pada ketika ini sama ada anda percaya bahawa serangan terhadap pangkalan Syria disengajakan atau tidak. Kerosakan daripada insiden tersebut sudah mula menampakkan kesannya. Gencatan senjata yang daripada awalnya sudah dijangkakan tidak punya harapan kini berada di ambang kegagalan total. Sebelum ini kedua-dua pihak iaitu pasukan pemberontak dan kerajaan Assad telahpun didakwa di atas pelbagai pelanggaran terhadap gencatan senjata tersebut. Selepas insiden di Dair al-Zaur, perbalahan pasti akan lebih memuncak di antara mereka. Dalam masa yang sama Moscow dan Washington kini sedang bertengkar sesama sendiri. Manakala gencatan senjata yang sepatutnya membawa kepada kempen udara bersama di antara Russia-AS ke atas ISIL kini menuju ke arah kegagalan.

Insiden di bandar al-Ray yang terletak berdekatan dengan sempadan Turki di mana sekumpulan kecil askar elit A.S telah diugut dan dipaksa mengangkat kaki dari bandar tersebut oleh tentera pemberontak yang memanggil mereka sebagai “kafir” dan “khinzir” sambil menyuruh mereka bersedia untuk disembelih merupakan sebahagian bukti yang menunjukkan bahawa polisi A.S sebenarnya sudah kabur dan menyimpang dari landasannya. Untuk menjadikan perkara lebih jelas: Pemberontak yang dibiaya dan dilatih A.S, kini menyeru terhadap pembunuhan tentera A.S. Pakar berkaitan isu-isu Syria, Joshua Landis berkata insiden itu adalah "sebuah adegan yang sangat memalukan" untuk Amerika Syarikat, memandangkan inilah pemberontak yang mereka panggil sebagai "moderat" dan sepatutnya kumpulan inilah yang semestinya menyambut bantuan A.S dengan baik.

Setelah menyedari bahawa strategi mereka telah menemui kegagalan, maka tiada apa lagi yang boleh mereka lakukan melainkan untuk mengakuinya -yang mana itu tidak akan pernah berlaku sama sekali- atau sekurang-kurangnya untuk terus bernegosiasi dalam kumpulan kecil.Tetapi malangnya mereka telah membuat pilihan yang berbeza sama sekali. Perkara ini menjadi lebih jelas apabila Duta A.S ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Samantha Power muncul di hadapan kamera pada hari Sabtu lalu dan lantas menuduh Russia bersifat “menunjuk baik dan gila perhatian” rentetan reaksi negara itu ke atas serangan A.S dan sekutunya di Dair al-Zaur. Bahkan beliau pergi lebih jauh apabila menuduh Russia melakukan “stunt” bila mana Russia memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan untuk bersidang kerana insiden tersebut. Daripada cuba untuk meredakan ketegangan yang sedia ada, Power "merosakkan" segala-galanya dan "perlu dipecat" menurut editor Intelligence Review Magazine di Washington, yang percaya Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry juga mungkin tidak berpuas hati dengan reaksi Power. Bayangkan jikalau situasi adalah yang sebaliknya iaitu Russia secara illegal mengebom kedudukan A.S dan sekutunya, tidak syak lagi, Power pastilah akan menjadi pihak pertama yang akan bersikap “menunjuk baik dan menagih perhatian".

Apakah solusi Washington di sini ? Adakah Barack Obama mempunyai pelan-pelan lain yang tidak kita ketahui? Adakah dia, seperti Donald Trump yang sudah mempunyai pelan "rahsia" untuk menumpaskan ISIL ? Atau apakah beliau hanya akan cuba untuk melewati masa sehingga masalah itu akan menjadi masalah yang perlu ditangani Hillary Clinton pula?

Apapun pelannya, masa untuk re-evaluasi telah lama berlalu. 

Diterjemahkan dari artikel Danielle Ryan (www.danielleryan.net.) yang diterbitkan oleh RT 


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini