Rakyat Syria mampu untuk melihat pembohongan kuasa-kuasa imperial yang sering menggunakan agama sebagai instrumen pemecah-belah

Kuasa Imperialis Menyalahgunakan Agama Sebagai Alat Untuk Memerangi Syria

  • News Code : 781614
  • Source : Global Research
Brief

Rakyat Syria telahpun melihat bagaimana kuasa-kuasa imperlalis memainkan strategi pecah dan perintah mereka di negara-negara yang baru sahaja dimusnahkan terutamanya Iraq. Rentetan itu mereka terimunisasi daripada taktik ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebelum perang kotor yang dirancang barat ke atas Syria meletus, rakyat Syria saling menghormati agama satu sama lain dan menganggapnya sebagai urusan kejiwaan yang bersifat peribadi. Di antara politik dan agama terdapat dinding pemisah yang nyata.

Bahkan rakyat Syria juga amat terpelajar: sebagai bukti, sebelum perang, isu buta huruf tidak wujud di negara ini. Dikeranakan itu, pada kebanyakan situasi, rakyat Syria mampu untuk melihat pembohongan kuasa-kuasa imperial yang sering menggunakan agama sebagai instrumen pemecah-belah di antara kumpulan masyarakat. Rakyat Syria telahpun melihat bagaimana kuasa-kuasa ini memainkan strategi pecah dan perintah mereka di negara-negara yang baru sahaja dimusnahkan terutamanya Iraq.

Apabila kuasa imperialis menggunakan strategi ini di negara tersebut, rakyat Syria secara amnya sudahpun terimunisasi. Mereka faham bahawa Syria perlu berifat pluralis dan sekular. Mereka juga memahami nilai toleransi dan bahawasanya mereka tidak perlukan kebencian hadir di dalam masayrakat mereka. Rakyat Syria juga mengerti bahawa mereka perlu mempertahankan tanah air mereka daripada mereka yang ingin memaksakan ideologi wahhabi yang tidak islamik dan ekstrem di rantau berkenaan.

Slogan-slogan demokrasi (ala imperialis) adalah tanmakna dan menghina. Apabila seorang pelancong Amerika menanyakan seorang warga tua Syria tentang demokrasi, warga tersebut secara wajar menjadi berang. Pengganas telah membunuh sebahagian daripada ahli keluarga dan teman rapatnya -yang mana tragedi ini sudah menjadi sesuatu perkara yang kerap berulang di kalangan rakyat Syria- dan dia memahami bahawa Obama dan sekutunya adalah mereka yang bertanggungjawab ke atas kewujudan kumpulan pengganas tajaan kuasa asing ini. Dia juga memahami bahawa mereka (AS dan sekutu) punya saham di dalam usaha mempolitikkan agama untuk memecahbelahkan rakyat Syria. Oleh itu bagi mereka slogan "demokrasi" yang dimainkan oleh kerajaan asing tiada kena mengena dengan demokrasi.

"Aku menyokong tanah airku, " jelas lelaki tersebut dengan sedih. 

Melalui pembohongan dan kekeliruan yang telah dia lihat selama ini, maka jelas baginya bahawa negaranya perlu dipertahankan dari kejahilan dan bahaya yang dibawa bersamanya.

Tiada seorang pun daripada kumpulan pengganas , termasuk ISIS, mempunyai hak untuk memaksakan ideologi barbarik mereka ke atas Syria, dan apapun usaha untuk berbuat yang demikian mencerminkan cita-cita imperialis untuk memecahbelah dan menakluk Syria.

Apabila kumpulan-kumpulan seperti ISIS membunuh kesemua kelompok manusia dari pelbagai kumpulan agama berasaskan ideologi wahhabi mereka, merekalah sebenarnya yang bersikap tidak Islamik , dan mereka jugalah yang menjadi instrumen kuasa imperialis yang bersifat anti-agama. Dalam masa yang sama, perlu diingat bahawa golongan yang membina dan menjual senjata-senjata perang untuk mengaut keuntungan adalah golongan yang bersifat anti-agama. Tidak Islam, atau Kristian, atau Yahudi, mahupun mana-mana agama lain menyokong perang dalam rangka mengaut keuntungan. Inilah pelajaran yang diutarakan oleh Mufti Besar Syria.

Satu lagi pelajaran daripada Mufti Besar adalah: Apabila ahli politik menggunakan agama sebagai sebahagian daripada slogan mereka, mereka sebenarnya sedang bersikap anti- agama. Seharusnya perlu ada pemisahan yang jelas antara dua perkara ini. Mana-mana negara yang menentang kemanusiaan dengan cara menyokong sebuah agama secara ekslusif adalah sebuah negara yang berbahaya. 

Rakyat Syria secara amnya mendukung Tentera Arab Syria. Mereka juga mengalu-alukan pusat-pusat pemeriksaan tentera yang didirikan di jalanraya walaupun perkara ini menyebabkan kesulitan dan kesesakan lalulintas. Mereka menghargai tentera mereka sendiri yang melindungi orang-orang yang mereka kasihi. Pada sebuah pusat pemeriksaan, seorang pemandu didapati menawarkan rokok kepada tentera yang berada di situ, dan setelah itu mereka saling berpelukan. Ali Salem, yang merupakan seorang kapten dalam Tentera Arab Syria, juga melihat kebenaran melalui pembohongan. Ali adalah seorang yang berpendidikan tinggi lagi bijak sepertimana kebanyakan rakyat Syria yang lain, dan sepertimana kebanyakan tentera Syria juga. Beliau mempunyai PhD, dan dia adalah seorang vetinari, tetapi apabila perang meletus, perkhidmatan ketenteraan mandatori beliau yang bertempoh kira-kira 18 bulan telah dilanjutkan.Beliau menjelaskan dalam bahasa Arab, Perancis dan Inggeris bahawa kuasa-kuasa imperialis telah mengeksploitasi "Kebangkitan Arab" dengan menembak anggota polis dan tentera, dalam rangka untuk mewujudkan kekacauan dan memulakan perang yang dibintangi oleh kumpulan pengganas yang tidak islamik dan dalam masa yang sama didukung oleh kuasa asing.

Salem menjelaskan bahawa kumpulan pengganas itu terdiri daripada rakyat Syria sendiri yang sebahagiannya adalah perompak, penjenayah; penyeludup diesel dan dadah; dan orang-orang yang dipaksa untuk berperang dengan ancaman bunuh; tetapi pengganas juga termasuk "mereka yang diimport" dari kira-kira 80 negara asing.


Salem berpendapat bahawa selepas perang, sekolah-sekolah di Syria perlu mengajarkan kebenaran tentang perang ini kepada generasi muda, supaya "krisis" semasa tidak akan berulang semula.

Naji Wahbi, adalah Datuk Bandar, sebuah bandar purba yang bernama Maloula, di mana di situ bahasa Aramik iaitu bahasa yang dituturkan oleh Isa a.s, digunakan sebagai bahasa pertama mereka. 

Di bandar tersebut pengganas telah memusnahkan dan menjarah kuil lama, St. Takla sebelum tentera Syria menewaskan mereka dalam pertempuran berdarah, yang meragut nyawa kira-kira 200 tentera Syria. Pesawat-pesawat tidak dapat membantu rakyat Syria, kerana pengganas dipersenjatai dengan senjata anti-pesawat moden melalui ihsan Barat dan sekutu mereka.

Apabila ditanya tentang siapa yang harus dipersalahkan atas tragedi ini, Wahbi menjawab bahawa Arab Saudi, Qatar, Turki, dan sudah tentu, A.S adalah pihak yang perlu dipersalahkan.

Syria adalah tanah yang suci lagi gemilang dan kaya dengan sejarah. Bahkan Syria sentiasa menawarkan khazanah arkeologi yang baru ditemui kepada umat manusia. Syria, seperti yang dinyatakan di atas, adalah pembela berani bagi pihak kita semua.


Oleh Mark Taliano 

Global Research 2016 

Artikel di atas merupakan pandangan dan pendapat penulis asalnya dan tidak semestinya menggambarkan pandangan ABNA


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini