Unit perisikan Syria memiliki rakaman audio yang mengandungi perbualan di antara pengganas ISIL dan A.S sebelum serangan udara

Pegawai Syria: Rakaman Komunikasi Radio Di Antara ISIL Dan Tentera A.S Sebelum Serangan Dair al-Zaur Tersedia.

  • News Code : 781661
  • Source : Farsnews
Brief

Seorang pegawai perisikan Syria berkata unit perisikan negara tersebut mempunyai rakaman audio yang mengandungi perbualan di antara pengganas ISIL dan tentera A.S sebelum serangan udara tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dilancarkan ke atas pasukan tentera Syria berhampiran Dair al-Zaur pada 17 September.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai perisikan Syria berkata unit perisikan negara tersebut mempunyai rakaman audio yang mengandungi perbualan di antara pengganas ISIL dan tentera A.S sebelum serangan udara tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dilancarkan ke atas pasukan tentera Syria berhampiran Dair al-Zaur pada 17 September lepas.

Speaker Majlis Rakyat Syria, Hadiya Khalaf Abbas, dipetik oleh Sputnik sebagai berkata bahawa selepas serangan udara pakatan AS mengenai posisi tentera kerajaan, tentera AS mengarahkan serangan pengganas ke atas tentera Syria di kawasan tersebut.

Pesawat perang A.S mengebom posisi tentera kerajaan Syria di kawasan berhampiran timur bandar Dair al-Zaur pada 17 September lepas sekaligus mengakibatkan lebih 90 anggota tentera terbunuh dan kecederaan seratus yang lain.

Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan laporan yang dibuat oleh agensi berita Syria bahawa serangan ISIL bermula selepas posisi tentera Syria dibedil dari udara.

Tindakan A.S dan sekutunya itu secara "jelas membuka jalan bagi kumpulan pengganas ISIL untuk menyerang kedudukan tersebut dan kemudian menguasainya," kata agensi itu di dalam memetik sumber Pemerintah Am Tentera dan Angkatan Bersenjata.

Pemerintah Am juga menggambarkan pengeboman tersebut sebagai sebuah "pencerobohan yang dilakukan secara terang-terangan" terhadap tentera Syria dan kedaulatan negara itu sendiri. Bahagian itu juga berkata perkara ini adalah "bukti kukuh" yang menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya menyokong kumpulan pengganas ISIL.

Sehari selepas itu iaitu pada hari Ahad, sumber tentera juga memberitahu bahawa ISIL telah melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Syria di Dair al-Zaur hanya tujuh minit selepas serangan udara Amerika Syarikat dan sekutunya itu tamat.

Sumber tentera menegaskan bahawa kedua-dua serangan udara dan darat itu dilancarkan secara terselaras.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini