Menteri Luar Bahrain undang kritikan dengan penghormatan beliau terhadap Peres

Menteri Luar Bahrain Dikritik Kerana Ucap Takziah Kepada Keluarga Peres

  • News Code : 782230
  • Source : Presstv
Penghormatan Menteri Luar Bahrain kepada bekas Presiden Israel Shimon Peres yang meninggal dunia Rabu lalu telah mencetuskan sebuah gelombang bantahan di rantau ini di mana beliau (Peres) dikenali sebagai penjenayah

Foto: Menteri Luar Bahrain Sheikh Khalid bin Ahmed al-Khalifa

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penghormatan Menteri Luar Bahrain kepada bekas Presiden Israel Shimon Peres yang meninggal dunia Rabu lalu telah mencetuskan sebuah gelombang bantahan di rantau Timur Tengah di mana beliau (Peres) dikenali sebagai seorang penjenayah.

"Bersemadilah dengan aman Presiden Shimon Peres, figur perang dan damai yang masih sukar difahami di Timur Tengah," Sheikh Khaled bin Ahmed al-Khalifa menulis di akaun Twitter-nya.

Penghormatan itu mencetuskan kemarahan ramai pengguna laman sosial dan juga para tokoh pembangkang memandangkan sebahagian besar bangsa Arab melihat Peres sebagai seorang tokoh yang bertanggungjawab terhadap tercetusnya beberapa siri peperangan dan keganasan yang telah menggegarkan rantau Timur Tengah.

"Menteri Luar memberi penghormatan dan berdoa untuk pengganas Zionis dan pembunuh kanak-kanak," menurut bekas ahli parlimen pembangkang Jalal Fairooz.

Seorang lagi pengkritik, Khalil Buhazaa, menulis di dalam akaun Twitter-nya, "Diplomasi tidak bermakna kebiadapan."

Manama tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Tel Aviv tetapi beberapa negara Arab, terutamanya Arab Saudi, baru-baru ini telah menukar polisi mereka dalam usaha membentuk hubungan rapat dengan rejim Zionis secara terang-terangan.

Bahrain berada di bawah pengaruh Arab Saudi yang menerajui gerakan negara-negara Arab di dalam usaha membentuk hubungan baik dengan Israel.

Di kalangan pemimpin-pemimpin Arab, hanya Presiden Mahmoud Abbas telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Peres sambil menggambarkan bahawa beliau adalah sekutunya di dalam proses mencapai kedamaian.

Walau bagaimanapun, ramai penduduk dunia akan mengingati Peres sebagai "penjenayah perang" terutamanya di dalam mengimbau insiden pembunuhan beramai-ramai di Qana, Lubnan pada tahun 1996. Sekurang-kurangnya 106 orang dilaporkan terbunuh di dalam serangan Israel ke atas sebuah perkampungan yang terletak di selatan Lubnan itu. Peres ketika itu merupakan Perdana Menteri kepada rejim haram Yahudi tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky