JASTA mencetuskan kemarahan Riyadh sekaligus menyebabkan negara teluk itu mengugut sekutu di Washington

Saudi Beri Amaran Terhadap A.S Berikutan JASTA

  • News Code : 782339
  • Source : ABNA
Brief

Tindakan Kongres Amerika Syarikat yang meluluskan undang-undang yang membolehkan keluarga mangsa tragedi 9/11 untuk menyaman kerajaan asing yang membantu para pengganas yang terlibat didalam serangan tersebut telah mengundang reaksi keras daripada pemimpin-pemimpin Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tindakan Kongres Amerika Syarikat yang meluluskan undang-undang yang membolehkan keluarga mangsa tragedi 9/11 untuk menyaman kerajaan asing yang membantu para pengganas yang terlibat didalam serangan tersebut telah mengundang reaksi keras daripada pemimpin-pemimpin Arab Saudi. Negara teluk itu juga memberi amaran dengan mengatakan langkah anti-Riyadh itu pasti akan mencetuskan "kesan buruk" terhadap negara-negara yang terbabit.

Sebuah sumber yang tidak dinamakan daripada Kementerian Luar Arab Saudi "menyarankan" kongres A.S untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani kesan buruk dan berbahaya yang akan dicetuskan oleh akta tersebut sambil menyatakan bahawa undang-undang tersebut akan menjadi sumber kebimbangan yang besar bagi banyak pihak.

Menurut sumber yang sama, undang-undang tersebut akan menlemahkan imuniti negara-negara dan akan memberikan kesan negatif kepada semua pihak termasuk A.S sendiri.

Kenyataan tersebut dibuat sehari setelah kedua-dua dewan A.S mengundi untuk meluluskan undang undang yang dikenali sebagai Akta Keadilan Terhadap Penaja Keganasan (JASTA)

Undi tersebut adalah tamparan yang besar tehadap Obama yang sebelum ini telah memveto usul tersebut selepas pegawai-pegawai Pentagon menasihati beliau untuk menolak perkara tersebut yang dilihat boleh menjejaskan kepentingan A.S .


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini