Saudi tinggalkan kalender Hirah demi selamatkan ekonominya yang dilanda defisit yang teruk

Saudi Tinggalkan Sistem Pembayaran Gaji Mengikut Kalender Qamari Sebagai Langkah Kurangi Defisit Negara.

  • News Code : 783405
  • Source : ABNA24
Brief

Para penjawat pejabat awam di Arab Saudi akan kehilangan sebelas hari gaji selepas kerajaan monarki mutlak itu mengambil keputusan untuk menggantikan kalender Hijrah Qamari kepada kalender Gregorian (Syamsi).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para penjawat pejabat awam di Arab Saudi akan kehilangan sebelas hari gaji selepas kerajaan monarki mutlak itu mengambil keputusan untuk menggantikan kalender Hijrah Qamari kepada kalender Gregorian (Syamsi) di dalam urusan pembayaran gaji. Langkah itu di ambil di dalam rangka kerajaan untuk mengurangkan defisit belanjawan negara yang membimbangkan Riyadh.

Sebelum ini, sektor swasta di negara monarki itu sudahpun menggunakan kalender Gregorian yang digunakan secara meluas oleh para pembeli minyak dari negara tersebut di dalam urusan pemberian gaji. Akan tetapi bagi pegawai kerajaan, mereka menerima gaji menurut sistem kalender Islam sejak tahun 1932 sehinggalah langkah di atas di ambil oleh Riyadh.

Berasaskan kalender Hijrah Qamari, setahun terdiri daripada 12 bulan manakala jumlah harinya pula terdiri daripada 354 hari ataupun 355. Dalam erti kata lain, kalender Gregorian memiliki 11 hari tambahan jika dibandingkan dengan kalender Hijrah. Memandangkan bahawa pemberian gaji di negara tersebut dikira berasaskan tahunan, seseorang mampu membuat kesimpulan secara komparatif bahawa tahun yang memiliki hari yang lebih banyak menghasilkan bayaran yang lebih sedikit buat para pekerja.

Perubahan itu dilaksanakan pada hari Ahad lepas yang merupakan hari terakhir tahun 1437 Hijrah sekaligus membuktikan yang Arab Saudi sedang mengambil langkah-langkah yang meluas di dalam mengatasi masalah defisit belanjawannya.

Riyadh juga dilaporkan telah mengurangkan bajet yang berkaitan dengan gaji penjawat awam, bonus, dan elaun perjalanan di dalam usahanya mengurangkan defisit belanjawan negara itu. Perkara di atas tertakluk kepada kepada semua penjawat awam termasuk anggota tentera tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Arab Saudi yang merupakan pengeksport minyak terbesar dunia dilanda krisis belanjawan yang akut kerana kejatuhan harga minyak dunia yang bermula pada tahun 2014. Harga komoditi itu akhirnya menyebabkan Riyadh terpaksa mengambil langkah-langkah yang perlu seperti memotong perbelanjaan negara dan mempelbagaikan portfolio ekonominya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini