Rejim Bahrain cemar sambutan Muharram dengan menyerang para pengkabung.

Rejim Bahrain Serang Penganut Mazhab Syiah Yang Berkabung Sempena Muharram.

  • News Code : 784440
  • Source : ABNA24
Brief

Pasukan keselamatan ahrain sekali lagi menyerang para penganut mazhab Syiah ketika mereka mengadakan majlis berkabung bersempenaan bulan Muharram.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan keselamatan ahrain sekali lagi menyerang para penganut mazhab Syiah ketika mereka mengadakan majlis berkabung bersempenaan bulan Muharram.

Pada Sabtu semalam (8/10), pasukan tersebut telah menyerang 9 buah kawasan di seluruh negara itu dengan memusnahkan bendera-bendera, sepanduk dan lain-lain simbol yang digunakan oleh penganut mazhab Syiah di dalam rangka memperingati kesyahidan Imam ketiga mereka iaitu Hussein Bin Ali. Hussein Bin Ali adalah cucunda Nabi Muhammad s.a.w.

Serangan itu disusuli dengan beberapa pertempuran di antara pihak berkuasa dan rakyat awam yang marah di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa telah menyasarkan ritual tersebut sejak minggu lepas dengan sebanyak 35 serangan telah dilaporkan berlaku. Di dalam sebuah kejadian, mereka telah menahan dan menyiasat para penaja majlis tersebut di desa al-Dair yang terletak di barat daya negara tersebut.

Rakyat Bahrain telah turun ke jalan raya sejak 14 Februari tahun 2011 untuk menuntut beberapa perkara daripada dinasti al-Khalifa. Antara tuntutan mereka adalah kebebasan, sistem raja beperlembagaan, dan perwakilan yang seimbang di dalam kerajaan


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky