Arab Saudi akhirnya mengakui bertanggungjawab ke atas pengeboman sebuah majlis perkabungan di Sana'a pada minggu lepas

Arab Saudi Akui Mengebom Majlis Perkabungan.

  • News Code : 785683
  • Source : Presstv
Brief

Sebuah kenyataan telah dikeluarkan oleh badan penyiasatan Saudi yang melaporkan bahawa tentera kerajaan monarki mutlak itu telah melancarkan serangan itu
berdasarkan sebuah informasi yang salah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi akhirnya mengakui bertanggungjawab ke atas pengeboman sebuah majlis perkabungan di Sana'a pada minggu lepas sekaligus membunuh lebih daripada 140 orang yang berada di dalam dewan komuniti di mana majlis itu berlangsung. Sebelum ini mereka menafikan sebarang penglibatan di dalam tragedi tersebut.

Sebuah kenyataan telah dikeluarkan oleh badan penyiasatan Saudi yang melaporkan bahawa tentera kerajaan monarki mutlak itu telah melancarkan serangan itu
berdasarkan sebuah informasi yang salah.

Tentera Arab Saudi telah mengebom dewan tersebut ketika orang ramai sedang menghadiri majlis perkabungan ke atas kematian bapa kepada menteri dalam negeri Yaman pada Sabtu lepas.

Sebelum ini, para pegawai Arab Saudi menafikan yang pesawat pejuang mereka tidak melancarkan sebarang serangan di ibu kota Yaman pada hari tersebut. Akan
tetapi, pada Sabtu ini, pasukan penilaian insiden (JIAT) mengatakan bahawa pegawai operasi udara tidak mendapatkan pengesahan untuk melancarkan serangan tersebut daripada para pemerintah sekaligus mencabul protokol yang sedia ada.

"Kegagalan mematuhi arahan pertembungan (ROE) dan prosedur berkaitan serta pemberitahuan maklumat yang salah telah mengakibatkan sebuah pesawat pakatan menyasarkan kawasan tersebut secara salah yang akhirnya menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam," kata badan penyiasatan itu.

JIAT juga telah mengusulkan supaya pihak yang berkenaan supaya memberikan ganti rugi kepada keluarga-keluarga mangsa di samping melakukan rombakan ke atas arahan-arahan (ROE) berkaitan.

"Tindakan yang sesuai... perlu diambil ke atas mereka yang menyebabkan insiden ini dan... ganti rugi perlu diberikan kepada keluarga-keluarga mangsa," kata badan itu juga.

Angka kematian rentetan serangan Arab Saudi itu dilaporkan sebagai yang terbesar di dalam sebuah kejadian sejak rejim Riyadh melancarkan kempen mereka ke atas Yaman pada Mac 2015.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini