Syed Hassan Nasrallah berkata pada hari Ahad bahawa partinya akan menyokong Michel Aoun.

Hizbullah Sokong Bekas Pemimpin Tentera, Aoun Sebagai Presiden.

  • News Code : 787454
  • Source : Sputnik
Brief

Parti Hizbullah akan menyokong bekas pemimpin tentera Lubnan dalam sesi pemilihan Presiden yang akan datang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parti Hizbullah akan menyokong bekas pemimpin tentera Lubnan dalam sesi pemilihan Presiden yang akan datang.

Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah berkata pada hari Ahad bahawa partinya akan menyokong Michel Aoun yang merupakan bekas pemimpin tentera Lubnan di dalam sesi pemilihan presiden negara itu nanti.

"Apabila mesyuarat kabinet berlangsung untuk menentukan presiden (Lubnan), blok palimen yang setia kepada gerakan perlawanan (muqawwamah) akan memilih Michel Aoun," kata Nasrallah kepada al-Manar.

Pada hari Khamis lepas, Saad Hariri yang merupakan bekas perdana menteri Lubnan juga mengumumkan sokongannya terhadap Aoun. Sokongan yang baharu diumumkan Hizbullah akan memperkuatkan peluang Aoun untuk menduduki kerusi tersebut.

Kerusi presiden Lubnan kosong sejak 2014 apabila presiden yang penggal presiden Michel Suleimen tamat.

Menurut undang-undang yang tidak bertulis, presiden Lubnan biasanya dipilih di kalangan penganut agama Kristian dan perdana menteri pula selalunya dipilih daripada penganut mazhab Sunni. Undang-undang yang sama juga mindiktekan bahawa speaker parlimen perlu dilantik di kalangan penganut mazhab Syiah.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky