Para saksi mengatakan tunjuk perasaan itu berakhir secara aman apabila wakil PBB itu meninggalkan hotel tersebut.

Para Penunjuk Perasaan Kutuk PBB Kerana Bersubahat Di Dalam Kempen Saudi Ke Atas Yaman.

  • News Code : 788004
  • Source : Presstv
Brief

Ratusan penunjuk perasaan telah berkumpul di ibu kota Yaman, Sana'a untuk mengutuk penglibatan PBB dalam kempen Saudi ke atas negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan penunjuk perasaan telah berkumpul di ibu kota Yaman, Sana'a untuk mengutuk penglibatan PBB dalam kempen Saudi ke atas negara tersebut.

Sekumpulan penunjuk perasaan telah berhimpun di luar sebuah hotel di Sana's yang didiami oleh wakil khas PBB ke Yaman, Ould Cheikh Ahmed sambil menuduh beliau bersimpati ke atas rejim al-Saud.

"Tinggalkan Yaman." jerit para peserta. "PBB dan Majlis Keselamatan bersubahat dalam pembunuhan rakyat Yaman," mesej sebuah sepanduk yang dibawa oleh peserta tunjuk perasaan itu.

Para penunjuk perasaan memakai baju yang menunjukkan gambar para mangsa pengeboman Saudi ke atas sebuah majlis perkabungan di Sana'a pada 8 Oktober lepas sambil menyalahkan PBB kerana gagal bertindak secukupnya dalam menghadapi keganasan Riyadh.

Pada 8 Oktober lepas, rejim Riyadh telah mengebom sebuah dewan awam yang sarat dengan orang ramai yang menyertai majlis perkabungan sekaligus membunuh 140 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Washington dan British adalah antara sekutu kuat Riyadh yang memberikan pelbagai bentuk sokongan ke atas negara Arab Saudi.

Para saksi mengatakan tunjuk perasaan itu berakhir secara aman apabila wakil PBB itu meninggalkan hotel tersebut.

Arab Saudi telah melancarkan perang ke atas Yaman sejak Mac 2015. Campur tangan Riyadh di dalam urusan jirannya itu setakat ini telah menyebabkan 10000 nyawa terkorban. Riyadh di dalam kempen tersebut mahu mengembalikan kuasa kepada mantan presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur yang sebelumnya telahpun meletakkan jawatannya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini