Protes itu berlangsung sejurus pemerintah Bahrain itu tiba untuk berjumpa dengan perdana menteri British, Theresa May pada hari

Raja BahrainBertembung Dengan Penunjuk Perasaan Di London.

  • News Code : 788164
  • Source : Presstv
Brief

Raja Bahrain, Hamad Bin Isa al-Khalifah bertembung dengan sekumpulan penunjuk perasaan di London. Mereka mengutuk pemerintahan Manama berikutan tindakan keras rejim tersebut di dalam menangani kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan di negara Teluk Parsi itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Raja Bahrain, Hamad Bin Isa al-Khalifah bertembung dengan sekumpulan penunjuk perasaan di London. Mereka mengutuk pemerintahan Manama berikutan tindakan keras rejim tersebut di dalam menangani kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan di negara Teluk Parsi itu.

Protes itu berlangsung sejurus pemerintah Bahrain itu tiba di London untuk berjumpa dengan perdana menteri British, Theresa May pada hari Rabu lepas.

Para penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-kerajaan dan menuntut supaya rejim Manama disiasat di atas pencabulan hak asasi manusia yang telah mereka lakukan. Sebahagian penunjuk perasaan dilaporkan meluru ke arah kenderaan yang membawa raja tersebut di Downing Street.

Dua orang aktivis hak asasi manusia ditahan oleh pihak polis sepanjang tunjuk perasaan tersebut.

Salah seorang daripada aktivis yang ditahan, Sayee Alwadaei berkata kepada The Middle East Eye bahawa polis sepatutnya menyiasat pencabulan-pencabulan hak asasi manusia yang didakwa telah dilakukan oleh rejim itu daripada menyasarkan para wartawan dan aktivis.

Sebuah badan hak asasi manusia, Reprieve turut menyatakan kerisauan mereka tentang lawatan raja itu yang berlangsung seminggu selepas kemunculan beberapa laporan yang mendakwa bahawa kerajaan British membantu rejim tersebut dengan menutup pencabulan-pencabulan yang dibuat oleh Manama.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky