Gadis Kecil Tarik Perhatian Para Penziarah Arbain.

  • News Code : 791706
  • Source : ABNA24
Menjelang sambutan Arbain, para penziarah sudah memulakan perjalanan mereka ke Karbala dengan berjalan kaki di jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menjelang sambutan Arbain, para penziarah sudah memulakan perjalanan mereka ke Karbala dengan berjalan kaki di jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Di sepanjang jalan tersebut, terdapat beberapa binaan yang disediakan oleh pelbagai individu dan organisasi-oraganisasi bagi memudahkan para penziarah mendapatkan makanan, khidmat perubatan, maklumat dan juga tempat tidur. Binaan itu dikenali sebagai maukeb menurut bahasa tempatan dan para pemilik maukeb memberikan perkhidmatan secara percuma kepada para penziarah. 

Rakyat Iraq dan sebahagian sukarelawan luar kini kelihatan sangat sibuk di dalam menyiapkan dan menguruskan keperluan para penziarah di sepanjang jalan tersebut. Agihan bantuan dan perkhidmatan biasanya dibuat di maukeb-maukeb yang terletak di sepanjang jalan. Di antara perkara yang menarik perhatian ialah para sukarelawan ini biasanya terdiri daripada pelbagai jantina, umur, etnik dan kewarganegaraan.

Di sebalik hiruk-pikuk yang menjadi kebiasaan di sepanjang jalan ini, beberapa foto yang menunjukkan seorang gadis kecil yang berusaha membantu para penziarah dengan mengedarkan makanan kepada mereka telah mencuri perhatian netizen yang menganggapnya sangat menyentuh perasaan.

Anak kecil yang kemungkinan berusia kurang daripada 3 tahun itu dikatakan bersama ibunya yang giat membantu para penziarah di maukeb berdekatan.




Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini