Pengebom Berani Mati Letupkan Diri Di Kawasan Barat Wilayah Karbala.

  • News Code : 791965
  • Source : ABNA24
Brief

ISIS telah mengakui bertanggungjawab di dalam sebuah pengeboman yang membunuh 6 orang rakyat awam di kawasan utara wilayah Karbala.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - ISIS telah mengakui bertanggungjawab di dalam sebuah pengeboman yang membunuh 6 orang rakyat awam di kawasan barat wilayah Karbala.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri memberitahu bahawa 6 orang pengebom berani mati pada hari Isnin telah cuba untuk menyelusup bandar suci Karbala sebelum mereka dikesan oleh pihak berkuasa. 5 orang daripada mereka kemudiannya dibunuh oleh pihak keselamatan Iraq di kawasan pedalaman Ain al-Tamr.

Jurucakap itu kemudiannya berkata bahawa pengebom yang terakhir berjaya meloloskan diri sebelum meletupkan dirinya di dalam sebuah rumah. Rentetan itu 6 orang dilaporkan terbunuh dan 6 lagi mengalami kecederaan.

Serangan itu berlaku di sebalik jutaan penganut agama Islam khususnya yang bermazhab Syiah sedang sibuk menuju ke Karbala dalam rangka menyambut hari peringatan Arbain yang menandakan hari ke-40 selepas syahidnya Imam Hussein di Karbala.

ISIS berkata di dalam sebuah kenyataan bahawa serangan itu menyasarkan penganut mazhab Syiah, pegawai polis dan anggota tentera.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky