2 Wanita Saudi Dihukum Sebat Kerana Guna Ekspresi Terlarang Di Dalam WhatsApp.

  • News Code : 793529
  • Source : Sputnik
Brief

Menurut laporan surat khabar Al-Watan, dua wanita warga Arab Saudi dihukum penjara 10 hari dan 20 sebatan kerana didapati menggunakan 'ekspresi yang tidak dibenarkan' di dalam komunikasi mereka melalui aplikasi sosial, WhatsApp.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut laporan surat khabar Al-Watan, dua wanita warga Arab Saudi dihukum penjara 10 hari dan 20 sebatan kerana didapati menggunakan 'ekspresi yang tidak dibenarkan' di dalam komunikasi mereka melalui aplikasi sosial, WhatsApp.

Salah seorang daripada wanita itu dilaporkan telah datang ke Mahkamah Jenayah di Jeddah untuk mengadu tentang penggunaan 'kata-kata kesat' oleh wanita yang lain semasa perbualan WhatsApp mereka. Dia kemudiannya menunjukkan telefonnya kepada pihak mahkamah apabila diminta untuk berbuat demikian.

Ketika sesi yang berikutnya, mahkamah telah mengesahkan bahawa defendan telah menghantar mesej lucah kepada pengadu. Akan tetapi defendan mengadu bahawa dia tidak memulakannya dan kemudian menunjukkan mesej yang diterimanya daripada pengadu pertama dua bulan lebih awal.

Setelah permeriksaan lanjut, hakim akhirnya memutuskan bahawa kedua-dua wanita itu bersalah dan menghukum kedua-dua mereka.

Arab Saudi sudah berulang-kali dikritik oleh badan-badan hak asasi manusia di atas pencabulan yang dilakukan oleh Riyadh ke atas hak asasi manusia termasuk diskriminasi rejim itu terhadap wanita dan cengkamannya ke atas hak bersuara di negara monarki mutlak tersebut.

Pada awal 2011, Seorang wanita bernama Shaima Jastaina didapati bersalah kerana melanggar peraturan pelarangan memandu ke atas wanita. Mahkamah Jeddah menghukumnya dengan 10 sebatan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini