Undang-Undang Darurat Akan Diteruskan Selagi Perlu: Timbalan Perdana Menteri Turki.

  • News Code : 794883
  • Source : Press TV
Brief

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata bahawa akta daurat yang dikuatkuasakan di seluruh negara tersebut selepas percubaan rampasan kuasa tentera pada Julai lalu akan diteruskan selagi mana dirasakan perlu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata bahawa akta daurat yang dikuatkuasakan di seluruh negara tersebut selepas percubaan rampasan kuasa tentera pada Julai lalu akan diteruskan selagi mana dirasakan perlu.

Kurtulmus membuat pengumuman itu di dalam sebuah sidang akhbar pada hari Isnin di Istanbul, Turki.

Kenyataan ini dibuat menyusuri tindakan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum ini yang menolak kritikan terhadap kerajaanya berkaitan kemungkinan mereka meneruskan undang-undang darurat di negara itu sambil berkata bahawa perkara itu mungkin berlanjutan selama setahun.

"Darurat mungkin akan diperpanjangkan selama 3 bulan lagi dan kemudiannya mungkin 3 bulan lagi... Keputusan ini di tangan kerajaan dan parlimen," kata Erdogan pada hari Sabtu lepas.

Turki sebelum ini telah memperbaharui undang-undang darurat selama 3 bulan pada Oktober lalu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini