Erdogan 'Tarik Balik' Kata-Katanya Tentang Hasrat Ankara Jatuhkan Assad.

  • News Code : 795571
  • Source : Press TV
Brief

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menarik balik kata-katanya berkaitan hasrat Ankara untuk menjatuhkan Presiden Bashar Assad melalui kempen ketenteraannya di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menarik balik kata-katanya berkaitan hasrat Ankara untuk menjatuhkan Presiden Bashar Assad melalui kempen ketenteraannya di Syria. Beliau sebaliknya berkata bahawa operasi Ankara di Syria disasarkan semata-mata ke atas lumpulan pengganas.

"Operasi Perisai Furat di Syria tidak menyasarkan mana-mana negara ataupun individu. Operasi itu hanya menyasarkan kumpulan-kumpulan pengganas sahaja," kata Erdogan di Istana Presiden yang terletak di Istanbul pada Khamis semalam.

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas Erdogan berkata bahawa kemaraan tentera Turki di Syria bertujuan untuk menamatkan pemerintahan Bashar Assad yang didakwanya telah melakukan jenayah keganasan sekaligus menyebabkan kematian ribuan penduduk Syria.

Pada 24 Ogos lalu, tentera Turki telah melancarkan Operasi Perisai Furat di dalam wilayah Syria dalam rangka mendokong kumpulan pemberontak Syria. Ankara mendakwa kempennya itu akan membersihkan kawasan sempadan Syria daripada ancaman kumpulan  pengganas Daesh dan pihak militan Kurdis.

Operasi itu dilancarkan dengan bantuan pakatan tajaan A.S yang didakwa giat membasmi Daesh sejak tahun 2014.

Pencerobohan tersebut adalah campur tangan terbesar Turki di Syria sekaligus menarik kecaman pelbagai pihak termasuk Damsyik sendiri memandangkan perkara itu dilihat sebagai mencabul kedaulatan negara Arab tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini