Pembunuh Duta Besar Rusia Pernah Bertugas Dalam Memberikan Perlindungan Keselamatan Kepada Erdogan

  • News Code : 799785
  • Source : Media
Brief

Menurut surat khabar Hurriyet, Mevlut Mert Altintas, pegawai polis berusia 22 tahun yang membunuh Duta Besar Moscow, Andre Kalrov di sebuah galeri seni pada 19 Disember lepas adalah sebahagian daripada unit penguatkuasa undang-undang Turki yang bertanggungjawab dalam memberikan perlindungan keselamatan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut surat khabar Hurriyet, Mevlut Mert Altintas, pegawai polis berusia 22 tahun yang membunuh Duta Besar Moscow, Andre Kalrov di sebuah galeri seni pada 19 Disember lepas adalah sebahagian daripada unit penguatkuasa undang-undang Turki yang bertanggungjawab dalam memberikan perlindungan keselamatan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Di dalam laporan surat khabar itu, pembunuh dikatakan pernah bertugas dalam memberikan perlindungan kepada Presiden Erdogan sekurang-kurangnya sebanyak 8 kali sejak percubaan rampasan kuasa Julai lalu dipatahkan. Akan tetapi, dia bukanlah sebahagian daripada anggota khas yang terlibat di dalam perincian keselamatan Presiden Turki itu.

Surat khabar Turki itu turut melaporkan bahawa pembunuh juga pernah mengambil cuti sakit sejurus sebelum percubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu dilancarkan oleh pihak tentera.

Pada hari Isnin lepas, Duta Besar Moscow ke Ankara ditembak mati oleh Mevlut Mert Altintas di sebuah galeri seni yang terletak di Ankara. 3 orang lain turut dilaporkan tercedera di dalam serangan tersebut. Kementerian Luar Rusia mengecam insiden itu dan memanggilnya sebagai tindakan keganasan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini