13 Suspek Ditahan Berhubungan Kes Pembunuhan Diplomat Rusia Di Ankara

  • News Code : 799798
  • Source : Media
Brief

Angka suspek yang ditahan berhubungan dengan kes pembunuhan Duta Moscow ke Ankara telah meningkat ke 13 orang. Perkara itu dilaporkan oleh saluran televisyen Haber 7 pada hari Rabu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angka suspek yang ditahan berhubungan dengan kes pembunuhan Duta Moscow ke Ankara telah meningkat ke 13 orang. Perkara itu dilaporkan oleh saluran televisyen Haber 7 pada hari Rabu.

6 orang daripada suspek telah ditahan di wilayah Aidyn di mana pembunuh dikatakan telah dilahirkan di situ. Antara mereka yang di tahan adalah ibu, bapa, adik atau kakak suspek dan beberapa orang saudaranya. 6 yang lain pula ditahan di Izmir dan yang terakhir adalah teman serumah suspek yang merupakan seorang peguam.

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke bahagian keselamatan untul disoal siasat. Polis akan memindahkan mereka ke Ankara tidak lama lagi.

Pada hari Isnin lepas, Duta Besar Moscow ke Ankara ditembak mati oleh Mevlut Mert Altintas di sebuah galeri seni yang terletak di Ankara. 3 orang lain turut dilaporkan tercedera di dalam serangan tersebut. Kementerian Luar Rusia mengecam insiden itu dan memanggilnya sebagai tindakan keganasan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini