Jaish Fateh Al-Sham Dakwa Bertanggungjawab Di Atas Pembunuhan Duta Besar Rusia

  • News Code : 799833
  • Source : Media
Brief

Pakatan Jaish al-Fatah yang turut disertai oleh Jabhat Fateh al-Sham (sekutu al-Qaeda di Syria yang dahulunya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra) telah mengaku bertanggungjawab di atas pembunuhan Duta Besar Moscow ke Ankara. Perkara itu dilaporkan oleh surat khabar Al-Youm Al-Sabea di dalam versi online mereka pada hari Rabu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pakatan Jaish al-Fatah yang turut disertai oleh Jabhat Fateh al-Sham (sekutu al-Qaeda di Syria yang dahulunya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra) telah mengaku bertanggungjawab di atas pembunuhan Duta Besar Moscow ke Ankara. Perkara itu dilaporkan oleh surat khabar Al-Youm Al-Sabea di dalam versi online mereka pada hari Rabu.

Sekeping lampiran yang didakwa sebagai kenyataan kumpulan radikal itu telah dimuatnaik di dalam laman sesawang surat khabar tersebut. Di dalam kenyataan itu, kumpulan tersebut mengaku bertanggungjawab ke atas insiden pembunuhan yang berlaku di Ankara pada hari Isnin lepas.

Insiden itu berlaku ketika Duta Besar Moscow sedang memberikan ucapannya di sebuah galeri seni yang terletak di Ankara.

Di dalam kejadian tersebut, 3 warga Turki dilaporkan mengalami kecederaan dan penyerang yang berusia 22 tahun turut terbunuh.

Rusia mengecam serangan itu dan memanggilnya sebagai tindakan keganasan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini