Berhenti Bersikap Hipokrit: Erdogan Kepada NATO

  • News Code : 801613
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata NATO perlu berhenti bersikap 'hipokrit' dan mengambil keputusan sama ada mereka mahu membantu Turki atau tidak di dalam memerangi kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata NATO perlu berhenti bersikap 'hipokrit' dan mengambil keputusan sama ada untuk membantu Turki atau tidak di dalam memerangi kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

"Pakatan yang ditubuhkan untuk memerangi Daesh tidak membekalkan bantuan kepada operasi Turki di al-Bab yang mengakibatkan kemusnahan ke atas para pengganas dan mematahkan tulang belakang Daesh," kata Erdogan.

Erdogan turut memberi amaran dengan mengatakan bahawa kumpulan-kumpulan pengganas seperti Daesh dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang beliau dakwa disokong oleh sekutu baratnya akan kembali 'menggigit tangan yang memberikan mereka makan."

Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat disertai 68 buah negara termasuk Turki sendiri telah melancarkan serangan ke atas sasaran yang mereka dakwa sebagai pengganas. Operasi mereka di Syria tidak mendapat mandat daripada PBB mahupun kerajaan sah Syria sendiri.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini