Sejumlah 1120 Penempatan Di Syria Tandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Dengan Damsyik

  • News Code : 804907
  • Source : ABNA24
Brief

Bandar Syria, Jeirud dan al-Otnee telah bersetuju untuk menyertai perjanjian gencatan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Perkara itu dilaporkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia yang turut mengatakan bahawa setakat ini sejumlah 1120 penempatan di seluruh negara Arab itu telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bandar Syria, Jeirud dan al-Otnee telah bersetuju untuk menyertai perjanjian gencatan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Perkara itu dilaporkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia yang turut mengatakan bahawa setakat ini sejumlah 1120 penempatan di seluruh negara Arab itu telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata tersebut.

Kementerian Pertahanan Rusia di dalam buletin harian mereka pada hari Sabtu telah menyatakan bahawa pihak berkuasa Syria telah menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan beberapa kumpulan militan di bandar Jeirud dan al-Otnee.

Menurut laporan yang sama, beberapa kumpulan bersenjata di bandar Farshad dan al-Krandeh yang teletak di wilayah Latakia juga telah menyertai perjanjian tersebut.

"Jumlah keseluruhan kawasan penempatan di mana pemimpin mereka telah menandatangani perjanjian penyesuaian semula telah mencecah angka 1120... Jumlah kumpulan bersenjata yang mendakwa bahawa mereka mematuhi gencatan senjata itu masih kekal di angka 104," lapor buletin tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini