Sekatan Baharu A.S Ke Atas Iran

  • News Code : 809284
  • Source : ABNA24
Brief

Pentadbiran Presiden Donald Trump telah memperkenalkan sekatan baharu ke atas beberapa individu dan entiti dari negara Iran di dalam rangka meningkatkan tekanan ke atas Tehran berikutan program peluru berpandunya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden Donald Trump telah memperkenalkan sekatan baharu ke atas beberapa individu dan entiti dari negara Iran di dalam rangka meningkatkan tekanan ke atas Tehran berikutan program peluru berpandunya.

Jabatan Perbendaharaan A.S berkata di dalam sebuah kenyataan pada hari Jumaat bahawa mereka telah mengeluarkan sebuah senarai baharu yang mengandungi nama 13 warga Iran dan 12 buah entiti dari negara yang sama yang tertakluk kepada sekatan terkini A.S.

Menurut kenyataan itu, sekatan itu merangkumi pelbagai entiti yang beroperasi di Tehran, UAE, Lubnan dan China. Pegawai kanan A.S memberitahu Reuters bahawa sekatan ke atas Iran itu merupakan "langkah permulaan mereka terhadap tingkah laku provokatif Iran."

Sekatan itu dibuat beberapa hari selepas Donald Trump mengatakan bahawa pentadbirannya akan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam kerangka membalas tindakan Tehran yang melaksanakan ujian peluru berpandunya.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini