Pada tahun ini Arbain dijangkakan jatuh pada tanggal 20 November.

Dunia Perlu Tahu Makna Ziarah Arbain.

  • News Code : 787687
  • Source : ABNA24
Brief

Wakil Ayatullah Sistani di Karbala, Syeikh Mahdi al-Karbalai yang juga merupakan pengurus makam Imam Hussein berkata bahawa dunia perlu memahami makna ziarah Arbain yang dilakukan oleh jutaan penganut mazhab Syiah setiap tahun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wakil Ayatullah Sistani di Karbala, Syeikh Mahdi al-Karbalai yang juga merupakan pengurus makam Imam Hussein berkata bahawa dunia perlu memahami makna ziarah Arbain yang dilakukan oleh jutaan penganut mazhab Syiah setiap tahun.

Beliau membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah konferens berkenaan Arbain di Karbala yang dianjurkan oleh pusat penyebaran maklumat makam tersebut.

Setiap tahun, penganut mazhab Syiah dari Iraq dan pelbagai negara lain akan berarak menuju ke bandar suci Karbala dalam rangka memperingati Arbain (hari ke-40 kesyahidan Imam ketiga mazhab tersebut berserta dengan sahabat dan keluarga beliau)

Beberapa tahun kebelakangan ini, hampir 20 juta orang penziarah dilaporkan menyertai perarakan tersebut setiap tahun. Mereka datang dari beberapa negara termasuklah Iran, Pakistan, Iraq, Lubnan, U.K, A.S, Malaysia dan lain-lain.

Pada tahun ini Arbain dijangkakan jatuh pada tanggal 20 November.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky