Setiap tahun jutaan penganut mazhab Syiah akan berpusu-pusu menuju ke Karbala yang menempatkan kuburnya Imam Hussein.

Iran Sentiasa Bekerjasama Dengan Pihak Berkuasa Iraq Untuk Memastikan Keselamatan Para Penziarah.

  • News Code : 787690
  • Source : ABNA24
Brief

Ketua polis sempadan Iran mengatakan bahawa pasukan tersebut sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa Iraq di dalam memastikan keselamatan para penziarah yang akan bergerombolan menuju ke Karbala dalam rangka menziarahi makam Imam ketiga Syiah pada hari Arbain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua polis sempadan Iran mengatakan bahawa pasukan tersebut sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa Iraq di dalam memastikan keselamatan para penziarah yang akan bergerombolan menuju ke Karbala dalam rangka menziarahi makam Imam ketiga Syiah pada hari Arbain.

Brigadier Jeneral Qassem Rezaei menegaskan bahawa kedua-dua pasukan polis sempadan Iran dan Iraq baru-baru ini telah duduk semeja untuk bermesyuarat dalam rangka mengkoordinasi usaha mengawal kawasan sempadan.

Beliau juga menekankan bahawa kedua-dua pihak juga telah mencapai beberapa persafahaman dalam mengambil langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan para penziarah.

Pada Ogos lepas, seorang pegawai kanan di Pertubuhan Haji dan Ziarah Iran, memberitahu agensi berita Tasnim bahawa pertubuhan tersebut berhasrat dan bersedia untuk menghantar lebih daripada 2 juta penziarah ke bandar-bandar suci Iraq sempena Arbain.

"Kami sudah bersedia untuk menghantar para penziarah sempena sambutan Arbain pada 22 Oktober," kata beliau ketika itu. Beliau juga menambah bahawa pihak berkuasa Iraq juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima penziarah Iran.

Arbain adalah salah sebuah daripada perhimpunan-perhimpunan keagamaan yang terbesar di dunia. Perhimpunan itu berlansung 40 hari selepas sambutan Asyura.

Setiap tahun jutaan penganut mazhab Syiah akan berpusu-pusu menuju ke Karbala yang menempatkan kuburnya Imam Hussein.

Pada tahun lepas seramai 20 juta penziarah dari seluruh dunia dilaporkan telah menyertai sambutan tersebut di Karbala. 1.6 juta daripada mereka adalah rakyat Iran.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini