Kempen kejam Saudi ke atas Yaman dan pemilihan mereka di UNCHR membuatkan ramai tertanya-tanya.

Arab Saudi Dijangka Akan Dipilih Semula Sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

  • News Code : 788154
  • Source : RT
Brief

Kemenangan kali ini akan membenarkan rejim Riyadh untuk menduduki kerusi tersebut untuk kali yang ketiga secara berturut-turut sekaligus membuatkan badan-badan hak asasi manusia tertanya-tanya memandangkan rekod Riyadh yang buruk berkenaan isu hak asasi manusia.

Agensi Berita AHlul Bait (ABNA24) - Di sebalik kenyataan bahawa kempen Arab Saudi ke atas Yaman telah meragut lebih daripada 10000 nyawa, negara yang kaya dengan minyak itu dijangkakan akan terpilih semula untuk menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Setakat ini, serangan-serangan udara Arab Saudi telah dikenalpasti sebagai punca utama kematian 4000 rakyat awam di Yaman sepanjang konflik tersebut yang bermula sejak 2015.

Sebuah pengundian rahsia di Perhimpunan Agung PBB pada hari Jumaat ini akan berlangsung untuk memilih 14 negara ahli bagi Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC). Angka itu merupakan sepertiga daripada 47 buah negara yang menganggotai pertubuhan tersebut. Arab Saudi, Iraq, China dan Jepun akan bertanding untuk merebut 4 kerusi yang dikhaskan untuk negara-negara dari wilayah Asia-Pasifik. Kesemua mereka dijangkakan akan terpilih untuk menduduki kerusi-kerusi tersebut.

Kemenangan kali ini akan membenarkan rejim Riyadh untuk menduduki kerusi tersebut untuk kali yang ketiga secara berturut-turut sekaligus membuatkan badan-badan hak asasi manusia tertanya-tanya memandangkan rekod Riyadh yang buruk berkenaan isu hak asasi manusia.

Pada Jun lepas, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon secara terang-terangan mengakui bahawa Riyadh mengugut badan itu dengan mengancam untuk menamatkan biayanya di dalam pelbagai program PBB berikutan laporan pencabulan hak kanak-kanak ke atas rejim Saudi. Laporan itu akan menyebabkan negara monarki mutlak itu termasuk di dalam senarai negara-negara yang bermasalah akibat daripada kempen rejim itu dalam mengepung Yaman yang memberikan kesan negatif ke atas kanak-kanak di negara tersebut.

"Laporan tersebut menggambarkan bencana yang mana tiada seorang kanak-kanakpun patut mengalaminya," kata Ban Ki-moon. " Di dalam masa yang sama, prospek nyata bahawa jutaan kanak-kanak akan menderita jikalau negara-negara tertentu menamatkan pembiayaan mereka ke atas program-program PBB juga harus saya pertimbangkan," tambah beliau.

Kempen Saudi ke atas Yaman menghadapi kritikan yang teruk berikutan pengeboman yang dilakukan Riyadh ke atas sebuah majlis perkabungan yang menyaksikan lebih 140 orang awam terkorban.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini