Perpaduan Perkasakan Ummah Dalam Menghadapi Musuh: Ulama Mesir

  • News Code : 798171
  • Source : Media
Brief

Seorang ulama terkemuka Mesir menekankan bahawa perpaduan di kalangan penganut agama Islam boleh melindungi dan menyelamatkan agama suci tersebut daripada bahaya kumpulan Takfiri Daesh dan agenda-agenda Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang ulama terkemuka Mesir menekankan bahawa perpaduan di kalangan penganut agama Islam boleh melindungi dan menyelamatkan agama suci tersebut daripada bahaya kumpulan Takfiri Daesh dan agenda-agenda Zionis.

Sheikh Taj-Eddin Abdullah al-Helali yang merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Dar al-Taqrib Mesir, mengkritik gerakan Zionis dan kumpulan-kumpulan anti-Islam berikutan usaha mereka dalam menghancurkan agama suci tersebut. Beliau membuat kenyataan itu ketika menghadiri persidangan "Imam Reza (as), Kunci Perpaduan dan Kesepakatan Negara-Negara Islam" di Mashhad, Iran. Di dalam persidangan yang sama, beliau turut menyeru para ulama Islam supaya menangkis tipu daya musuh itu dengan cermat.

Beliau juga memuji hubungan persaudaraan yang wujud di antara kaum Sunni dan Syiah sambil menganggapnya sebagai batu asas yang kukuh dalam melaksanakan ibadah yang lebih baik untuk Allah S.W.T.

"Kewujudan bersama (secara harmoni) di antara kaum Syiah dan Sunni sentiasa dijadikan isu pokok dan semua rujukan (yang ada di dunia) Islam mempromosikan perkara tersebut," kata beliau.

Ulama itu turut menekankan tentang potensi yang dimiliki oleh Quran dan Hadis dalam menjauhkan umat Islam daripada perbalahan pendapat yang boleh membawa kepada pertelingkahan.

Persidangan antarabangsa berkenaan Imam ke-8 Syiah, Ali Bin Musa al-Reza tersebut telah dianjurkan di Mashhad, Iran.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky