Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

7 Januari 2020

5:34:20 PTG
1000301

"Pakcikku", Hassan Nasrullah Akan Membalas Dendam Bapaku: Anak Perempuan Jeneral Soleimani

Zainab Soleimani, anak perempuan Almarhum Mejar Jeneral Qasem Soleimani berkata kepada saluran berita al-Manar bahawa beliau secara sepenuh hari mengetahui bahawa "pakciknya", Syed Hassan Nasrullah -Setiausaha Agung Pergerakan Hizbullah Lubnan- akan membalas dendam bagi pihak bapanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Zainab Soleimani, anak perempuan Almarhum Mejar Jeneral Qasem Soleimani berkata kepada saluran berita al-Manar bahawa beliau secara sepenuh hari mengetahui bahawa "pakciknya", Syed Hassan Nasrullah -Setiausaha Agung Pergerakan Hizbullah Lubnan- akan membalas dendam bagi pihak bapanya.

Di dalam temuramah yang sama, beliau turut berkata bahawa Trump bukan musuh yang setara dengan bapanya kerana Presiden Amerika Syarikat itu menurutnya tidak akan pernah berani untuk berhadapan dengan bapanya secara bersemuka.

Zainab Soleimani turut menegaskan bahawa kesyahidan bapanya tidak bermakna kekalahan di pihak Islam sambil menegaskan bahawa beliau menuntut pihak berkaitan untuk membalas dendam bagi pihak bapanya.

Beliau juga berkata bahawa jenayah A.S juga tidak akan menyebabkan nama bapanya dilupakan dalam lipatan sejarah bahkan kesyahidan Haji Qasem menurutnya telah memberikan "kehidupan" baharu kepada umat Islam. -ABNA24