Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

7 Januari 2020

7:07:56 PTG
1000328

Iran Akan Beri Respon Seimbang Ke Atas Pembunuhan Jeneral Soleimani: Menteri Luar Iran

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa negaranya akan memberikan respon secara seimbang ke atas jenayah pembunuhan pemimpin Pasukan Quds -sayap luar negara Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC)-, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa negaranya akan memberikan respon secara seimbang ke atas jenayah pembunuhan pemimpin Pasukan Quds -sayap luar negara Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC)-, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani.

"Ini adalah keganasan (tajaan) negara," kata Zarif dalam wawancara beliau dengan CNN pada hari Selasa ketika merujuk kepada pembunuhan Jeneral Soleimani dan pengiringnya termasuk Timbalan Ketua Unit Gerakan Popular Iraq (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis di dalam serangan dron yang diarahkan secara langsung oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di ibukota Iraq di Baghdad pada awal hari Jumaat.

"Ini adalah tindakan kekerasan terhadap Iran dan insiden itu adalah serangan bersenjata ke atas Iran. Oleh kerana itu, kami akan bertindak balas, tetapi kami akan bertindak secara seimbang - bukan tidak seimbang ... Kami tidak bertindak mengatasi undang-undang seperti Presiden Trump," tambah diplomat Iran itu.

Beliau menambah bahawa Trump telah menunjukkan sikap "kurang rasa hormat" terhadap undang-undang antarabangsa dengan mengancam untuk menyasarkan pusat-pusat penting milik Iran jika Republik Islam bertindak membalas dendam ke atas pembunuhan pegawai kanan tentera mereka.

Pembunuhan Jeneral Soleimani telah membangkitkan kemarahan jutaan warga Iran yang turun ke jalan raya untuk menyertai majlis pengusungan dan pengebumian jenazah beliau di Kerman.

Jeneral Qasem Soleimani adalah figur penting di dalam barisan Muqawwamah yang berusaha keras menentang keganasan di Syria, Lubnan dan Iraq serta  menolak hegemoni Washington di Timur Tengah. -Press TV/ABNA24