Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

7 Januari 2020

7:15:54 PTG
1000334

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah mengumumkan rancangan penarikan sementara sejumlah pasukan tentera dan kakitangan mereka dari Iraq berikutan pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani -pemimpin Pasukan Quds Iran- yang terkenal di kalangan pasukan Muqawwamah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah mengumumkan rancangan penarikan sementara sejumlah pasukan tentera dan kakitangan mereka dari Iraq berikutan pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani -pemimpin Pasukan Quds Iran- yang terkenal di kalangan pasukan Muqawwamah.

"Keselamatan kakitangan kami adalah (perkara) yang paling penting" dan kerana itulah sebahagian daripada pasukan tentera kami akan dipindahkan ke lokasi "di dalam dan di luar Iraq", kata jurucakap pertubuhan kententeraan itu kepada agensi berita Jerman, DPA pada hari Selasa.

"NATO mengekalkan kehadiran di Iraq. Dan kami bersedia untuk meneruskan latihan dan pembinaan kapasiti apabila situasi itu dibenarkan," kata jurucakap itu.

Pengumuman itu datang tidak lama selepas Jerman bertindak untuk mengurangkan jumlah tenteranya yang ditempatkan di Iraq akibat ketegangan yang memuncak di rantau ini setelah pembunuhan Jeneral Soleimani. Kerajaan Jerman mengatakan bahawa 30 daripada 130 kakitangan yang berkhidmat di negara ini telah dipindahkan ke negara jiran.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada awal hari Jumaat secara peribadi telah mengarahkan serangan ke atas konvoi yang membawa Jeneral Soleimani di Baghdad.

Serangan yang disifatkan sebagai jenayah oleh Tehran turut mengorbankan Abu Mahdi al-Muhandis, Naib Ketua Pergerakan Mobilisasi Massa Iraq (PMU) serta pengiring mereka.

Sejak daripada itu, Washington dan Tehran secara berterusan mengancam satu sama lain dengan tindakan ketenteraan.

Javad Zariff di dalam temuramahnya dengan CNN walaubagaimanapun menegaskan bahawa Iran akan memberikan respon seimbang berdasarkan lunas undang-undang.

Beliau turut mengecam Trump yang sebelum ini mengancam untuk menyerang 52 sasaran penting di Iran termasuk pusat kebudayaan dan menyifatkan kenyataan Presiden A.S itu menunjukkan sikap "kurang rasa hormatnya" terhadap undang-undang antarabangsa. -Agensi