Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

8 Januari 2020

4:56:00 PTG
1000663

Seorang pemerintah kanan Unit Gerakan Popular Iraq (PMU) mengatakan bahawa masanya telah tiba untuk memberikan respon terhadap operasi pembunuhan yang dilancarkan Washington di negara Arab itu. Menurut beliau, tindakan balas pasukannya "tidak akan kurang dari segi skala" berbanding dengan serangan peluru berpandu Tehran ke atas dua Pangkalan Amerika di Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemerintah kanan Unit Gerakan Popular Iraq (PMU) mengatakan bahawa masanya telah tiba untuk memberikan respon terhadap operasi pembunuhan yang dilancarkan Washington di negara Arab itu. Menurut beliau, tindakan balas pasukannya "tidak akan kurang dari segi skala" berbanding dengan serangan peluru berpandu Tehran ke atas dua Pangkalan Amerika di Iraq.

Qais al-Khazali, pemimpin pergerakan Asa'ib Ahl al-Haq (salah satu daripada pasukan subdivisi PMU atau Hashd al-Sha'abi) pada hari Rabu menulis di laman Twitter dengan bersumpah untuk menuntut balas ke atas pembunuhan Abu Mahdi al-Muhandis yang dibunuh dalam serangan dron A.S bersama-sama dengan komander kanan Iran Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad.

"Respon awal Iran terhadap pembunuhan Syahid Soleimani telah dilancarkan. Kini sudah tiba masanya untuk respon awal terhadap pembunuhan Syahid Muhandis," katanya.

Khazali menyatakan bahawa respon Iraq akan sepadan dengan serangan yang dilakukan oleh Iran dari segi skala.

"Memandangkan rakyat Iraq (merupakan bangsa) berani dan bersemangat, respon mereka tidak akan kurang daripada (respon) Iran. Itulah janji," kata Khazali.

Iran pada awal Rabu melancarkan peluru berpandu balistik ke atas dua pangkalan Iraq yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat sebagai respon terhadap serangan dron milik Pentagon yang membunuh Jeneral Soleimani. -Press TV