Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

8 Januari 2020

5:07:43 PTG
1000667

Menteri Luar Iran mengatakan bahawa negaranya telah memaklumkan kerajaan Iraq berhubung serangan balas Tehran terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat sekaligus mengesahkan pengiktirafan Republik Islam ke atas kedaulatan dan integriti wilayah negara Arab tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran mengatakan bahawa negaranya telah memaklumkan kerajaan Iraq berhubung serangan balas Tehran terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat sekaligus mengesahkan pengiktirafan Republik Islam ke atas kedaulatan dan integriti wilayah negara Arab tersebut.

Langkah tersebut diambil dengan maklumat yang disampaikan kepada kerajaan Iraq dan angkatan bersenjata yang disahkan oleh pemerintah Baghdad, kata Zarif pada hari Rabu.

"Kami meletakkan perhatian yang tinggi terhadap integriti dan kedaulatan wilayah Iraq, dan kami percaya keselamatan (harus dikekalkan) berdasarkan prinsip saling menghormati dan menjaga keamanan wilayah semua negara serantau," katanya.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Iran bertindak balas terhadap tindakan A.S yang membunuh komander Iran terkemuka, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani dan sahabatnya, termasuk komander Irak Abu Mahdi al-Muhandis.

Iran membedil dua pangkalan A.S di Iraq, termasuk Ain al-Assad dan Erbil. -Press TV