Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

8 Januari 2020

5:23:16 PTG
1000673

Gambar satelit yang menunjukkan kerosakan yang diakibatkan oleh serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan udara Ain al-Assad di Iraq yang menghoskan tentera Amerika Syarikat mula tersebar di internet.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gambar satelit yang menunjukkan kerosakan yang diakibatkan oleh serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan udara Ain al-Assad di Iraq yang menghoskan tentera Amerika Syarikat mula tersebar di internet.

Radio Negara Kebangsaan A.S (NPR) telah menyiarkan foto-foto yang diambil oleh Syarikat Planet. Fail-fail itu menunjukkan hangar dan bangunan yang hancur dan rosak teruk akibat hentaman peluru berpandu Iran yang dilancarkan pada awal pagi Rabu waktu tempatan.

Iran pada awal pagi Rabu telah melancarkan puluhan peluru berpandu ke atas dua pangkalan entera A.S di wilayah Anbar barat Iraq dan ibukota Kurdistan, Erbil, sebagai respon ke atas pembunuhan komander Iran, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani.

Berita ini tersebar di sebalik kenyataan Presiden A.S Donald Trump yang mendakwa bahawa pangkalan itu hanya mengalami kerosakan minimum. Trump turut mendakwa bahawa tidak ada angggota tentera Amerika yang cedera dalam serangan itu.

"Semua tentera kami selamat dan hanya kerosakan minimum yang dilihat di pangkalan tentera kami. Angkatan tentera Amerika kami bersedia untuk menghadapi pelbagai (bentuk senario)," katanya dalam satu ucapan kepada negara dari White House.

"Tidak ada orang Amerika yang tercedera dalam serangan malam tadi," katanya, sambil menambah, "Tiada kematian di pihak kami." -Press TV