Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

8 Januari 2020

7:02:14 PTG
1000707

Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan tidak ada satupun peluru berpandu mereka yang berjaya dipintas oleh tentera Amerika Syarikat di dalam serangan balistik yang menyasarkan dua pangkalan milik Pentagon di Iraq. Serangan itu dilancarkan sebagai tindakan membalas dendam ke atas pembunuhan pemerintah kanan tentera Quds, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di tangan A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan tidak ada satupun peluru berpandu mereka yang berjaya dipintas oleh tentera Amerika Syarikat di dalam serangan balistik yang menyasarkan dua pangkalan milik Pentagon di Iraq. Serangan itu dilancarkan sebagai tindakan membalas dendam ke atas pembunuhan pemerintah kanan tentera Quds, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di tangan A.S.

Laporan media Iran juga menyatakan bahawa terdapat sejumlah kematian yang ditanggung oleh tentera Washington di dalam serangan yang menyasarkan pangkalan Ain al-Assad dan Erbil

Tidak lama selepas serangan itu, para pegawai Iran menasihatkan para pemerintah pasukan A.S untuk tidak melancarkan sebarang tindakan ketenteraan baru sekaligus memberi amaran bahawa tindak balas yang lebih dahsyat akan menanti mereka jika nasihat itu tidak didengari. Mereka juga mendesak pasukan A.S untuk meninggalkan rantau itu dengan segera.

Dalam ucapan secara langsung pada hari Rabu, Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Seyyed Ali Khamenei menekankan peri penting untuk menamatkan kehadiran tentera A.S -yang menurutnya sumber kepada kerosakan di rantau-.

"Satu tamparan dibuat malam tadi. Akan tetapi, perakra yang lebih penting ialah kehadiran Amerika yang menghasut di rantau ini perlu berakhir," kata Ayatullah Khamenei pada hari Rabu.

Juga bercakap pada hari Rabu, Ketua Staf Angkatan Bersenjata, Jeneral Jeneral Mohammad Baqeri meminta pasukan bersenjata A.S untuk menarik diri dari rantau ini dengan segera. -Press TV