Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

Pangkalan udara Ain al-Assad di wilayah Anbar, Iraq telah lama menjadi pusay yang menempatkan pasukan tentera Amerika Syarikat. Pangkalan itu pada hari semalam telah menjadi sasaran serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai tindak balas mereka ke atas serangan tentera A.S terhadap pemerintah kanan tentera Iran, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pangkalan udara Ain al-Assad di wilayah Anbar, Iraq telah lama menjadi pusat yang menempatkan pasukan tentera Amerika Syarikat. Pangkalan itu pada hari semalam telah menjadi sasaran serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai tindak balas mereka ke atas serangan tentera A.S terhadap pemerintah kanan tentera Iran, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani.

Laporan media juga menunjukkan bahawa Al-Assad adalah salah satu fasiliti tentera terbesar dan paling tua di Iraq.

Pangkalan tersebut dibina pada 1980-an untuk menempatkan tentera Iraq di sebuah padang pasir yang terletak sekitar 160 kilometer dari barat Baghdad.

Selepas pencerobohan A.S pada tahun 2003, pangkalan itu telah dijadikan Pentagon sebagai salah satu pangkalan terbesar bagi tentera Amerika Syarikat di negara Arab itu.

Selain daripada pasukan A.S dan Iraq, pangkalan udara itu juga menghoskan pasukan pakatan pimpinan Amerika Syarikat termasuk Denmark dan Britain.

Pangkalan ini menempatkan kira-kira 1,500 tentera yang terdiri daripada tentera A.S dan pasukan pakatan itu tadi.

Pada Disember 2018, Presiden A.S, Donald Trump telah melawat pangkalan al-Assad secara rahsia. Lawatan ringkas itu telah mencetuskan gelombang kecaman dari pegawai-pegawai Iraq sehingga sebahagian daripada mereka menuntut pengusiran tentera Amerika Syarikat dari bumi Iraq.

Semasa lawatan itu, Trump mengakui perihal wujudnya kebimbangan berhubung isu keselamatan sepanjang lawatan itu. Beliau juga menyatakan rasa "sedih"-nya apabila perlu melawat tentara A.S dalam kerahsiaan.

Pada Disember 2019, Naib Presiden A.S Mike Pence juga melawat al-Assad untuk meraikan Hari Kesyukuran bersama tentera negara itu.

Menurut sumber Iran, pangkalan itu juga merupakan menempatkan sistem dan fasiliti yang melancarkan serangan ke atas Jeneral Qasem Soleimani. -Press TV