Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

9 Januari 2020

7:06:19 PTG
1000992

Presiden Iran, Hassan Rouhani memberikan respon keras terhadap kenyataan beberapa pegawai kanan Britain berhubung pembunuhan Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di tangan Amerika Syarikat di Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani memberikan respon keras terhadap kenyataan beberapa pegawai kanan Britain berhubung pembunuhan Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di tangan Amerika Syarikat di Iraq.

Beliau dalam dalam kenyataanya turut mengingatkan semua pihak berkaitan dengan usaha anti-keganasan yang telah dicurahkan oleh Almarhum Jeneral Qasem Soleimani. Menurut beliau lagi, usaha gigih panglima itu setakat ini telah menyumbang kepada keselamatan antarabangsa termasuk negara Eropah itu sendiri .

"Tidak ada keraguan lagi bahawa jika bukan kerana usaha Syahid Leftenan Jeneral Qassem Soleimani, anda tidak akan menikmati keamanan di London pada hari ini," kata Rouhani dalam satu panggilan telefon kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada hari Khamis sekaligus menggesa London untuk mengkaji semula penilaian mereka dalam perkara itu.

Rouhani juga memanggil Jeneral Soleimani sebagai rakan kepada warga serantau dan pahlawan dalam perjuangan anti-keganasan.

Amerika Syarikat pada hari Jumaat lepas membunuh Jeneral Soleimani, komander Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan Abu Mahdi al-Muhandis, Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq (PMU ) dalam insiden serangan perluru berpandu.

Jeneral Soleimani, yang telah memperolehi reputasi sebagai pemimpin perang anti-pengganas yang paling dihormati di Timur Tengah memiliki kerjasama rapat dengan PMU dan kumpulan anti-keganasan serantau yang lain.

Beliau sepanjang khidmatnya di dalam perang anti-keganasan berjaya membasmi pelbagai kumpulan pengganas yang pernah membawa kerosakan di rantau, termasuk kumpulan Daesh Takfiri.

Johnson dan mantan setiausaha asing British (yang juga merupakan anggota parlimen semasa), Jeremy Hunt,sebelum ini menyatakan sokongan mereka ke atas pembunuhan Soleimani. Johnson sebelum ini berkata bahawa kerajaan Britain "tidak meratapi" pembunuhan itu manakala Hunt pula menyifatkan jenayah A.S itu sebagai "langkah berani" yang boleh "menamatkan" ketidakstabilan. -Press TV