Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

9 Januari 2020

7:52:33 PTG
1000996

Balasan Muktamad Ialah Penamatan Kehadiran A.S Di Rantau: Presiden Rouhani

Presiden Hassan Rouhani berkata bahawa penamatan kehadiran Amerika Syarikat di rantau ini akan menjadi "pembalasan dendam muktamad" ke atas Washington berikutan jenayah mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Hassan Rouhani berkata bahawa penamatan kehadiran Amerika Syarikat di rantau ini akan menjadi "pembalasan dendam muktamad" ke atas Washington berikutan jenayah mereka.

Presiden Rouhani berkata sedemikian di dalam mesyuarat kabinet di Tehran pada hari Rabu selepas Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan A.S di Iraq sebagai tindak balas terhadap serangan dron Amerika Syarikat yang membunuh Pemimpin Tentera Quds IRGC, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad pada hari Jumaat.

"Kami percaya bahawa Amerika Syarikat harus menerima balasan muktamad dari bangsa-bangsa serantau," kata Presiden Iran. "Mereka memotong tangan Soleimani yang kami kasihi di dalam keganasan ini. Pembalasan dendam (yang sepadan) untuk (tindakan) ini adalah dengan memotong kaki Amerika Syarikat di rantau ini oleh kami. "

Antara yang terbunuh dalam serangan udara dron itu adalah Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis. -Press TV