Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

10 Januari 2020

8:28:12 PTG
1001158

A.S Contohi Daesh Ketika Ingin Menyasarkan Pusat Tapak Kebudayaan Iran

Menteri Luar Iran mengatakan bahawa ancaman Amerika Syarikat untuk menyasarkan pusat-pusat yang memiliki nilai kebudayaan yang penting kepada bangsa Iran adalah sebuah tindakan yang meniru jenayah kumpulan pengganas Takfiri Daesh yang giat memusnahkan warisan kebudayaan negara serantau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran mengatakan bahawa ancaman Amerika Syarikat untuk menyasarkan pusat-pusat yang memiliki nilai kebudayaan yang penting kepada bangsa Iran adalah sebuah tindakan yang meniru jenayah kumpulan pengganas Takfiri Daesh yang giat memusnahkan warisan kebudayaan negara serantau. 

Amerika Syarikat "berusaha untuk mencontohi jenayah perang Daesh dengan mengancam warisan kebudayaan tamadun antik Iran," kata Mohammad Javad Zarif dalam teks ucapannya yang dibacakan di dalam pertemuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Khamis. 

Kenyataan itu dibacakan semasa sesi Majlis Keselamatan PBB oleh Duta Besar Iran ke PBB, Majid Takht-Ravanchi selepas Amerika Syarikat bertindak melanggar tanggungjawab antarabangsa dengan tidak mengeluarkan visa buat Menteri Luar Iran, Javad Zarif untuk menghadiri mesyuarat itu sendiri. 

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk menyerang 52 pusat penting Republik Islam termasuk "tapak kebudayaan" negara itu jika Tehran bertindak balas terhadap jenayah pembunuhan pemerintah operasi anti-keganasan IRGC yang terkenal di Timur Tengah, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani pada Jumaat lalu di tangan tentera A.S. 

Akan tetapi, selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan A.S di Iraq pada Rabu lalu, Trump dilihat enggan untuk melaksanakan ancamannya bahkan menawarkan rundingan baharu dengan Republik Islam itu. 

Di dalam teksnya kepada Majlis Keselamatan pada hari Khamis, Zarif menyifatkan serangan terhadap Jeneral Soleimani dan beberapa rakannya sebagai "pembunuhan yang disengajakan" ke atas "pahlawan yang selama ini merupakan mimpi ngeri buat kumpulan (pengganas) seperti Daesh." 

Beliau turut berkata bahawa respon Iran pada hari Rabu terhadap pembunuhan itu telah "dinilai dengan baik dan seimbang" dan dilindungi oleh Artikel 51 di dalam Piagam PBB yang menegaskan perihal "hak (mana-mana negara) untuk mempertahankan diri" mereka dari tindakan kekerasan.  -Press TV