Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

12 Januari 2020

7:51:57 PTG
1001775

Warga Pakistan turun ke jalan raya di bandar barat laut negara itu, Peshawar untuk membantah tindakan Amerika Syarikat membunuh Jeneral Pasukan Quds IRGC, Haji Qassem Soleimani.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga Pakistan turun ke jalan raya di bandar barat laut negara itu, Peshawar untuk membantah tindakan Amerika Syarikat membunuh Jeneral Pasukan Quds IRGC, Haji Qassem Soleimani.

Penunjuk perasaan turut membawa poster Jeneral Soleimani ketika melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat dan Israel. Mereka juga membakar sebuah patung Presiden Trump dalam sebuah tindakan simbolik.

Para peserta tunjuk perasaan dalam masa yang sama turut menyeru kerajaan Pakistan untuk memperjelas kedudukan mereka berkaitan dengan isu ketegangan di antara A.S-Iran.

Kementerian Luar Pakistan sebelum ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa Pakistan tidak akan "membiarkan buminya digunakan (untuk melancarkan kekerasan) terhadap mana-mana negara lain," dan tidak akan terlibat di dalam "sebarang konflik serantau."

Presiden Trump pada Jumaat minggu lepas mengarahkan tentera negaranya untuk melancarkan serangan dron ke atas Ketua Pasukan Quds Iran, Qassem Soleimani yang melawat Iraq di atas undangan kerajaan Baghdad.

Serangan itu juga meragut nyawa Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis dan sejumlah pengiring mereka.

Iran kemudiannya melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan Amerika di Iraq sebagai respon terhadap jenayah perang A.S yang membunuh pegawai kanan tentera mereka. -Press TV