Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

13 Januari 2020

7:22:35 PTG
1002105

Presiden Rouhani Lulus Undang-Undang Iktiraf Pentagon Sebagai Entiti Pengganas

Presiden Hassan Rouhani telah menandatangani undang-undang yang dipinda bagi memperluaskan senarai organisasi pengganas Amerika Syarikat untuk turut merangkumi memasukkan Pentagon dan semua entiti di bawahnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Hassan Rouhani telah menandatangani undang-undang yang dipinda bagi memperluaskan senarai organisasi pengganas Amerika Syarikat untuk turut merangkumi memasukkan Pentagon dan semua entiti di bawahnya.

Parlimen Iran sebelum ini meluluskan versi awal undang-undang tersebut pada bulan April yang memperkenalkan Pusat Pemerintah Amerika Syarikat (CENTCOM) sebagai sebuah organisasi pengganas selepas A.S menyenaraihitamkan unit Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Minggu lalu, parlimen Iran memperluaskan senarai kumpulan tersebut untuk turut merangkumi Pentagon sebagai respon Tehran terhadap pembunuhan Jeneral Pasukan Quds IRGC, Qassem Soleimani, sekutu dan pengiringnya di Baghdad.

Serangan yang diarahkan langsung oleh Presiden Trump itu turut dibalas oleh IRGC dengan melancarkan puluhan peluru berpandu ke atas pangkalan Ain al-Assad dan Erbil di Iraq yang menempatkan anggota tentera A.S. -Agensi