Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

14 Januari 2020

7:02:54 PTG
1002411

Negara Serantau Tidak Boleh Teragak-Agak Tamatkan Kehadiran A.S Di Rantau

Merujuk kepada keperluan bagi pentadbiran kedua-dua buah negara dalam melancarkan pelaksanaan perjanjian serta kontrak yang termeterai, Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa "Republik Islam Iran bertekad untuk memperkukuhkan lagi hubungan Tehran-Damsyik dalam semua bidang".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Merujuk kepada keperluan bagi pentadbiran kedua-dua buah negara dalam melancarkan pelaksanaan perjanjian serta kontrak yang termeterai, Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa "Republik Islam Iran bertekad untuk memperkukuhkan lagi hubungan Tehran-Damsyik dalam semua bidang".

Bercakap dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Syria, Imad Khamis pada hari Selasa, Presiden Hassan Rouhani menghargai ucapan takziah kerajaan Syria atas kesyahidan Jeneral Pasukan Quds Iran, Haji Qasem Soleimani dalam serangan pengganas Amerika Syarikat dan serta nahas pesawat yang mengorbankan puluhan warga Iran.

Beliau berkata, "Kesyahidan Jeneral Soleimani merupakan satu kesedihan yang luar biasa bagi negara Iran yang kemudiannya berlipat ganda selepas nahas pesawat".

"Leftenan Jeneral Qasem Soleimani adalah seorang syahid yang luar biasa; bukan sahaja untuk negara Iran, tetapi juga untuk semua warga pencinta kebebasan di rantau ini," kata Dr. Rouhani.

Selepas menyatakan bahawa Jeneral Soleimani dibunuh kerana tindakan beliau yang memihak kepada bangsa tertindas rantau ini dan usaha gigih jeneral itu dalam menggagalkan rencana jahat musuh khususnya plot Amerika Syarikat terhadap negara-negara di rantau ini, Presiden Rouhani berkata bahawa "Kami tidak akan sesekali melupakan jenayah besar A.S ini dan percaya bahawa seluruh negara di rantau ini tidak harus teragak-agak untuk mengakhiri kehadiran tentera A.S di rantau ini...".

Presiden menambah, "Hari ini, campur tangan Amerika Syarikat dalam hal ehwal negara-negara lain dan usaha mereka untuk menguasai telaga minyak Syria secara langsung menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mempedulikan kepentingan negara-negara di rantau ini". -ABNA24