Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

15 Januari 2020

6:09:11 PTG
1002720

Menteri Luar Negara Iran, Javad Zarif berkata bahawa hanya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Setiausaha Negaranya, Mike Pompeo dan kumpulan pengganas Daesh Takfiri sahajayang bergembira di atas pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negara Iran, Javad Zarif berkata bahawa hanya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Setiausaha Negaranya, Mike Pompeo dan kumpulan pengganas Daesh Takfiri sahajayang bergembira di atas pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani.

Bercakap pada persidangan keselamatan yang berlansung di New Delhi, India pada hari Rabu, Zarif berkata warga awam di seluruh dunia turun berpusu-pusu ke jalan raya untuk meratap kesyahidan Jeneral Soleimani.

"Amerika Syarikat tidak menyukai Jeneral Soleimani meskipun dia adalah satu-satunya individu yang paling berkesan terhadap dalam peeprangan membasmi Daesh. Jika anda tidak mempercayai perkara ini, lihat sahaja kepada mereka sedang meraikannya. Siapa yang merayakan kematian Soleimani? Bukan orang biasa. Di 430 bandar raya India, mereka meratapi kematiannya. Hanya dua orang (entiti) yang meraikannya: Presiden Trump dan Pompeo dan Daesh, "katanya.

Presiden Trump pada dua minggu lepas telah mengarahkan tentera negaranya untuk melancarkan serangan dron ke atas Ketua Pasukan Quds Iran, Qassem Soleimani yang melawat Iraq di atas undangan kerajaan Baghdad.

Serangan itu turut meragut nyawa Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis dan sejumlah pengiring mereka.

Iran kemudiannya melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan Amerika di Iraq sebagai respon terhadap jenayah perang A.S yang membunuh pegawai kanan tentera mereka. -Agensi