Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

15 Januari 2020

6:27:48 PTG
1002724

Penarikan Tentera Dari Rantau Bakal Pulih Keselamatan Dan Untungkan A.S: Presiden Rouhani

Presiden Iran Hassan Rouhani memberi amaran kepada Amerika Syarikat untuk menghentikan polisi campur tangan ketenteraannya di rantau ini sambil mengatakan bahawa penarikan keluar pasukannya akan membantu memulihkan situasi keselamatan serantau dan dalam masa yang memenuhi kepentingan Washington sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran Hassan Rouhani memberi amaran kepada Amerika Syarikat untuk menghentikan polisi campur tangan ketenteraannya di rantau ini sambil mengatakan bahawa penarikan keluar pasukannya akan membantu memulihkan situasi keselamatan serantau dan dalam masa yang memenuhi kepentingan Washington sendiri.

Situasi keselamatan yang sedang melanda rantau ini sama sekali merosakkan negara-negara Asia, Eropah dan juga Amerika Syarikat itu sendiri kerana perkara itu boleh mencetuskan pelbagai insiden, kata Rouhani pada sesi kabinet pada hari Rabu.

Tentera Amerika di rantau ini kini menghadapi isu keselamatan yang pada gilirannya mungkin bakal mengancam tentera Eropah dalam masa terdekat, katanya.

"Pulihkan situasi keselamatan yang wujud pada waktu ini. Kami mahu anda meninggalkan rantau ini ... bukan dengan konflik, tetapi dengan mengambil langkah bijak [yang diperlukan untuk merealisasikannya]," katan beliau. "Anda [sendiri] akan mendapat faedah daripada ini. Pilihlah jalan yang memberi manfaat kepada rantau dan seluruh dunia," kata presiden itu lagi.

Beliau juga menyentuh mengenai serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Republik Islam Iran ke atas pangkalan A.S di Iraq sebagai respon ke atas tindakan jenayah A.S yang membunuh Jeneral Pasukan Quds Iran yang dihormati, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad pada 3 Januari lepas.

"Kematian Soleimani tidak akan dibiarkan berlalu tanpa respon yang sesuai. Tindak balas ketenteraan harus diambil," katanya lagi sambil menyatakan bahawa serangan yang menyasarkan Pangkalan Udara Ain al-Assad di Wilayah Anbar, Iraq menunjukkan bahawa "kami tidak mundur ketika berhadapan dengan A.S dan (kami) pasti akan membalas jenayah mereka. "

Selain daripada respon ketenteraan, Rouhani turut mencadangkan  usaha kolektif oleh negara-negara serantau dalam memaksa A.S untuk meninggalkan rantau ini sebagai respon yang paling setimpal terhadap jenayah Washington. -Agensi