Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

16 Januari 2020

5:52:45 PTG
1002951

Eropah 'Jual' Sisa JCPOA Untuk Puaskan Hati Trump: Iran

Menteri Luar Negara Iran, Mohammad Javad Zarif mengatakan bahawa penandatanganan Eropah di dalam perjanjian nuklear 2015 - Perancis, Britain dan Jerman - memilih untuk tunduk kepada tindakan buli Amerika Syarikat dan menjual apa yang tersisa daripada perjanjian multilateral itu dalam rangka untuk memuaskan hati pentadbiran A.S dan mengelakkan sekatan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negara Iran, Mohammad Javad Zarif mengatakan bahawa penandatanganan Eropah di dalam perjanjian nuklear 2015 - Perancis, Britain dan Jerman - memilih untuk tunduk kepada tindakan buli Amerika Syarikat dan menjual apa yang tersisa daripada perjanjian multilateral itu dalam rangka untuk memuaskan hati pentadbiran A.S dan mengelakkan sekatan mereka.

Zarif membuat kenyataan tersebut dalam tweet pada hari Khamis selepas The Washington Post melaporkan bahawa pentadbiran Presiden A.S Donald Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kereta Eropah jika trio yang dikenali sebagai EU3 atau E3 - enggan menuduh Iran secara rasmi telah melanggar Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Laporan itu diterbitkan sejurus selepas trio Eropah berkata dalam satu kenyataan bersama pada hari Selasa bahawa mereka telah memulakan mekanisme pertikaian JCPOA, yang merupakan tuduhan rasmi bahawa Tehran telah melanggar syarat perjanjian itu.

Langkah Eropah boleh membawa kepada pemulihan sekatan anti-Iran PBB, yang telah dimansuhkan di bawah JCPOA. -Press TV