Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

25 Januari 2020

6:50:15 PTG
1005445

Kesyahidan, Sokongan Warga Awam Merupakan Fenomena Yang Unik: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa perkembangan yang terbentuk berikutan dengan pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran menandakan sebuah rantaian peristiwa yang unik serta mampu menentukan hala tuju seterusnya sejarah manusia.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa perkembangan yang terbentuk berikutan dengan pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran menandakan sebuah rantaian peristiwa yang unik serta mampu menentukan hala tuju seterusnya sejarah manusia.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu dalam satu mesej kepada pertemuan ke-54 Kesatuan Pertubuhan-Pertubuhan Pelajar Islam di Eropah yang dibacakan di Vienna pada hari Sabtu.

"Tahun ini, pertemuan kalian berlangsung di tengah-tengah rantaian peristiwa yang penting, setiap daripadanya merupakan simbol kepada kemegahan dan kredibiliti Iran yang Islam serta bangsanya yang revolusioner," kata pemimpin itu.

"Kesyahidan, kekuatan tentera, kehadiran warga awam yang tidak tertandingi, semangat serta azam kaum belia yang kuat bersama-sama dengan ribuan pertubuhan yang aktif dalam bidang sains dan teknologi, serta semangat keagamaan yang kukuh di antara sebahagian besar belia di seluruh negara; kesemua perkara itu menyerlahkan sebuah fenomena yang unik di dunia - fenomena yang dapat memberi kesan mendalam dan tuntas ke atas perjalanan sejarah," kata Ayatllah Khamenei.

"Langkah kedua Revolusi Islam, dengan rahmat Tuhan, seharusnya mampu membawa fenomena ini menjadi lebih sempurna dan berhasil," tambah beliau.

Ayatullah Khamenei berkata, "Semua harapan disematkan pada golongan muda yang berpengetahuan, berilmu dan setia dalam pergerakan penting ini; dan anda boleh menjadi salah seorang dari mereka yang melakar sejarah ini."

Perutusan pada tahun ini datang selepas pembunuhan pemerintah pasukan anti-pengganas yang paling menonjol di Timur Tengah, Jeneral Qassem Soleimani dan sekutu Iraqnya, Abu Mahdi al-Muhandis. -Agensi

...............................

Berita Tamat/315