Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

26 Januari 2020

6:46:06 PTG
1005703

Perarakan Di Baghdad, Pembentukan Kerajaan Lubnan; Tamparan Keras Buat A.S: Hizbullah

Rumah Putih menerima dua tamparan keras berikutan perarakan besar-besaran di Iraq yang menentang kehadiran tentera A.S di negara itu serta pembentukan kerajaan baru di Lubnan, kata seorang pegawai kanan dari gerakan Hizbullah Lubnan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Rumah Putih menerima dua tamparan keras berikutan perarakan besar-besaran di Iraq yang menentang kehadiran tentera A.S di negara itu serta pembentukan kerajaan baru di Lubnan, kata seorang pegawai kanan dari gerakan Hizbullah Lubnan.

"Pentadbiran A.S menerima tamparan keras pada minggu ini berikutan peristiwa di Beirut dan Baghdad. Rakyat Iraq telah menegaskan tuntutan mereka dan turun ke jalan raya dalam demonstrasi sejuta orang untuk membuktikan bahawa darah Leftenan Jeneral Qassem Soleimani (pemerintah Pasukan Quds Iran) dan Abu Mahdi al-Muhandis (timbalan ketua Unit Mobilisasi Popular Iraq) telah menjadi mohor kepada proses pengusiran tentera A.S dari Iraq buat selama-lamanya," kata Sheikh Nabil Qaouk, ketua eksekutif Hizbollah, di sebuah majlis yang berlangsung di wilayah Wadi al-Hajir pada hari Ahad.

Pegawai Hizbullah itu juga berkata bahawa pembentukan kerajaan baru di Lubnan yang diketuai oleh Perdana Menteri Hassan Diab telah mengecewakan Presiden Donald Trump, Setiausaha Negara Mike Pompeo, Penolong Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Timur David Schenker dan ahli politik A.S lain yang sebelum ini telah menyematkan harapan mereka untuk meilhat huru hara, pengepungan ke atas kumpulan Muqawwamah dan penjajahan negara Lubnan.

Qaouk menekankan bahawa pentadbiran baru di Lubnan berada dalam misi menyelamat kebangsaan untuk mencegah keruntuhan ekonomi dan dalam masa yang sama berhadapan dengan masalah korupsi. -Agensi

........................

Berita Tamat/315